1/4
BMW

Motor Penghidup Enjin BMW F30 F10 N20 12417610350 / 428000-7210 - Alat Ganti Terpakai Asli

RM 400

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • Motor Penghidup Enjin BMW F30 F10 N20 12417610350 / 428000-7210 - Alat Ganti Terpakai Asli
  • Nombor part: 12417610350 / 12417616500 / 12417631164 / 0001148003 / 428000-7210
  • Sesuai untuk: BMW F30 3 Series, BMW F10 5 Series, BMW E84 X1, BMW F25 X3 · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 400 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Starter Motor BMW F30 F10 N20 12417610350 Original Terpakai

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Biasanya kalau starter motor N20 ni nak rosak, korang akan perasan bila tekan butang 'Push Start', enjin cuma bunyi 'tik tik' tapi tak berpusing. Ada masa pagi-pagi senang hidup, tapi bila enjin dah panas lepas berhenti minum kedai mamak, terus tak boleh crank. Kalau check guna scanner, biasanya akan keluar fault code berkaitan 'Starter Motor: Activation' atau 'CAS: Starter Motor'. Jangan terus tukar bateri, check dulu starter ni sebab carbon brush atau solenoid dia memang selalu kong kalau kereta dah cecah 100k mileage ke atas.

Pengenalan

Barang ini adalah starter motor original BMW yang dicabut terus dari enjin halfcut mileage rendah. Unit ini adalah original Denso (Made in Japan) yang memang jauh lebih tahan lasak berbanding barang tiruan. Kita dah buat 'bench test' untuk pastikan solenoid dan motor pusing dengan kuat sebelum masuk stor. Sesuai untuk pemilik BMW F30 dan F10 yang mahukan kualiti asal kilang dengan harga jauh lebih jimat.

Maklumat Produk

  • Jenama: BMW / Denso
  • Model: BMW F30 320i 328i / F10 520i 528i (Engine N20)
  • Nama Alat: Starter Motor 12V 1.2kW
  • Part Number: 12417610350 / 428000-7210
  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
  • Nota: Barang "Plug and Play". Pastikan sambungan wire positif dan grounding pada body bersih sebelum pasang untuk elakkan litar pintas.

Soalan Lazim

Adakah starter ini sesuai untuk enjin N20 sahaja?

Ya, ini spesifik untuk enjin N20. Kalau enjin N52 atau B48, kedudukan lubang skru dan gear dia berbeza.

Perlu buat coding atau programming tak lepas tukar?

Tidak perlu. Starter motor adalah komponen mekanikal dan elektrikal direct. Lepas pasang terus boleh start macam biasa.

Apa beza barang halfcut ni dengan barang baru yang murah kat luar?

Barang original halfcut kualiti komponen dalaman (winding copper dan carbon brush) ikut spesifikasi ketat BMW. Barang murah biasanya tak tahan panas dan cepat jem semula selepas 3-4 bulan.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara