1/3
BMW

BMW E90 E60 N52 Badan Pendikit Elektronik - Alat Ganti Asli Terpakai

RM 550

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • BMW E90 E60 N52 Badan Pendikit Elektronik - Alat Ganti Asli Terpakai
  • Nombor part: 13547556118
  • Sesuai untuk: BMW E60 5 Series, BMW E90 3 Series · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 550 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Sebagai bengkel pakar, kita memang selalu sangat jumpa masalah Electronic Throttle Body (DKG) ni rosak dekat enjin platform N52. Simptom awal dia memang jelas sangat; DME (komputer enjin) kereta tu akan terus detect fault dan aktifkan limp mode untuk jaga enjin.

Amaran Kat Dashboard:

  • Mesej "Engine Malfunction! Reduced Power" dekat skrin iDrive atau panel meter.
  • Lampu Check Engine Light (CEL) menyala.
  • Lampu DSC (Dynamic Stability Control) atau 4x4 menyala, sebab kawalan throttle ni penting untuk sistem cengkaman.

Fault Code Biasa (DTC):

  • 2CFB - Nilai adaptasi throttle
  • 2D09 - Throttle valve
  • 2D0F - Aktuator throttle valve, jem/sangkut
  • 2CF9 - Potentiometer throttle valve 1
  • 2CFA - Potentiometer throttle valve 2

Simptom Fizikal:

  • Throttle lambat sangat respon atau langsung takde respon.
  • Idle kasar, tak stabil, atau idle goyang-goyang (naik turun).
  • Tak boleh nak rev enjin lebih 1500-2000 RPM.
  • Enjin mati masa idle atau masa jalan slow.

Pengenalan

Kembalikan respon throttle enjin N52 anda yang 'precise' dan hilangkan masalah limp-mode dengan Electronic Throttle Body Original Terpakai dari M.S. Motor. Kita faham, kalau nak beli baru dari dealer memang harga cekik darah. Sebab tu, setiap unit yang kita jual ni, kita ambil dari kereta halfcut yang masih berjalan dan dah diuji. Lepas tu, kita akan test balik satu-satu atas meja ('bench-test') untuk sahkan pergerakan mekanikal dia smooth, sensor voltage pun tepat, dan confirm ikut spesifikasi kilang asal BMW.

Maklumat Produk

  • Jenama: BMW (Original) / VDO
  • Keserasian Model: Banyak model BMW yang pakai enjin N52, termasuk E90, E91, E92, E93 (3 Series), E60, E61 (5 Series), E83 (X3), E70 (X5), Z4, dan lain-lain. Sila sahkan part number untuk kereta anda.
  • Nama Part: Electronic Throttle Body / Throttle Valve Assembly (DKG)
  • Kondisi: Original Terpakai (Dah Uji & Berfungsi)
  • Nota: Sangat disarankan untuk buat 'throttle body adaptation reset' guna software diagnostik (macam ISTA, INPA, atau scan tool gred profesional) lepas pasang. Ini penting untuk pastikan idle dan respon throttle betul-betul cantik.

Soalan Lazim

Apa simptom yang tunjuk Throttle Body ni dah rosak?

Simptom paling biasa adalah amaran "Engine Malfunction! Reduced Power", lampu DSC dan Check Engine menyala, idle tak tentu arah, kereta berat sangat, dan ada fault code spesifik macam 2CFB atau 2D09.

Part ni kena coding ke?

Tak, part ni tak perlukan 'coding' pada kereta. Tapi, buat 'throttle body adaptation' reset guna diagnostic tool tu langkah terakhir yang sangat penting untuk 'calibrate' throttle body dengan komputer enjin (DME).

Ni barang original ke?

Ya, ini adalah part Original BMW, keluaran VDO, yang kita ambil dari kereta halfcut. Ini bukan barang aftermarket atau replika.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara

Part ini berkaitan dengan kod rosak berikut