BMW E46 E87 E90 N46 Starter Motor - Alat Ganti Asli Terpakai
RM 250
Keadaan: Terpakai (Asli)Ringkasan Pantas
- BMW E46 E87 E90 N46 Starter Motor - Alat Ganti Asli Terpakai
- Sesuai untuk: BMW E46 3 Series, BMW E92 3 Series, BMW E90 3 Series, BMW E87 1 Series · sahkan dengan nombor casis sebelum order
- Terpakai (Asli) · telah diuji
- RM 250 · harga muktamad melalui WhatsApp
- M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia
Diagnosis dan Simptom Kerosakan
Masalah biasa untuk enjin N46 bila starter mula nak kong adalah bunyi "tek-tek" atau "tik-tik" bila pulas kunci atau tekan butang start, tapi enjin tak pusing (crank). Kadang-kadang rasa cranking berat sangat (heavy cranking) macam bateri kong, walhal bateri baru tukar. Kalau kena ketuk body starter baru kereta boleh hidup, itu tanda carbon brush dah habis atau armature dah short. Jika biarkan lama, solenoid boleh jam terus dan kereta tersadai tak boleh start langsung.
Pengenalan
Ini adalah starter motor original cabut dari halfcut (potong kereta). Barang import Jepun, mileage rendah bermakna dalaman motor masih padu dan carbon tebal. Jauh lebih tahan lama berbanding barang baru buatan China atau barang recon local yang lilit semula. Kita dah test pusingan laju dan solenoid tendang kuat. Khas untuk enjin N46 Valvetronic.
Maklumat Produk
- Jenama: BMW / Bosch / Denso (Original Fitment)
- Model: BMW E46 / E87 / E90 / E92
- Kod Enjin: N46 / N46N / N42 (Sila rujuk gambar)
- Nama Alat: Starter Motor / Dinamo Start
- Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
- Nota: Barang Plug and Play (PNP). Pastikan check gigi flywheel anda sebelum pasang, takut gigi flywheel yang rosak makan gigi starter.
Soalan Lazim
Adakah ini barang recond atau repair?
Bukan. Ini barang original terpakai dari halfcut (used original). Belum pernah buka atau repair di Malaysia.
Enjin N46 dengan N52 sama ke starternya?
Tak sama. Tapak mounting dan saiz berbeza. Sila pastikan enjin anda model N46 4 silinder.
Kalau pasang bunyi kasar, boleh tukar?
Boleh. Dalam masa waranti, jika ada masalah teknikal kita tukar unit lain.
Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.
Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.
Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.
Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.
Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.
Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.
Alat Ganti Asal
Original Eropah Berkualiti
Penghantaran Pantas
Seluruh Negara