1/3
BMW

BMW E46 E60 E83 M54 Motor Starter 7 515 391-03 - Alat Ganti Asli Terpakai

RM 250

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • BMW E46 E60 E83 M54 Motor Starter 7 515 391-03 - Alat Ganti Asli Terpakai
  • Nombor part: 7 / 515 / 391-03 / 7 / 515 / 390-03 / 0 / 001 / 108 / 401
  • Sesuai untuk: BMW E46 3 Series, BMW E60 5 Series · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 250 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Bila pusing kunci atau tekan butang start, dengar bunyi "tek" sekali sahaja atau "tik tik tik" tapi enjin tak pusing (crank). Itu tanda solenoid starter dah weak atau carbon brush dah habis. Ada kes bila crank rasa berat sangat macam bateri lemah, padahal bateri baru tukar. Ini punca dari armature starter dah berat atau bushing dalam dah makan. Kalau biarkan, lama-lama dia jam terus tak boleh hidup, kena panggil towing. Masalah ni biasa jadi bila enjin panas susah start, bila sejuk senang sikit.

Pengenalan

Barang ini kita ambil terus dari kereta potong (halfcut), bukan barang recond atau repair semula. Mileage kereta asal rendah, jadi condition dalaman starter (armature dan carbon) masih tebal dan cantik. Original BMW punya kualiti memang tahan lasak berbanding jenama luar. Kita dah test load, pusingan laju dan solenoid menendang kuat.

Maklumat Produk

  • Jenama: BMW Original
  • Model: E46 3-Series, E60 5-Series, E83 X3 (Enjin M54)
  • Nama Alat: Starter Motor 12V
  • Part Number: 7 515 391-03
  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
  • Nota: Pastikan gigi flywheel kereta anda dalam keadaan baik sebelum pasang starter ini untuk elak bunyi bising.

Soalan Lazim

Ini barang refurbished ke?

Bukan. Ini barang original halfcut, cabut dari kereta. Tak pernah buka atau repair dalaman.

Kena buat coding ke lepas pasang?

Tak perlu. Starter ini barang mekanikal dan elektrikal biasa (plug and play). Pasang wayar supply dan signal, terus boleh start.

Sesuai untuk model 4 silinder ke?

Tak sesuai. Ini spec untuk enjin 6 silinder M54 (Double Vanos). Mounting dan power dia lain.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara