1/3
BMW

Sensor Oksigen BMW E46 E39 E53 0258005109 - Alat Ganti Asli Terpakai

RM 150

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • Sensor Oksigen BMW E46 E39 E53 0258005109 - Alat Ganti Asli Terpakai
  • Nombor part: 0 / 258 / 005 / 109 / 11781433940 / 1178 / 1433940-05 / LSH / 25 / 0015L0
  • Sesuai untuk: BMW Z3, BMW E39 5 Series, BMW E46 3 Series · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 150 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Bila bawak kereta rasa berat, tekan minyak tak pergi tapi jarum minyak turun laju, itu tanda awal O2 sensor ada masalah. Paling senang nampak bila keluar 'Check Engine Light' kat meter. Bila cucuk scanner, keluar kod fault berkaitan 'Oxygen Sensor', 'Lambda Control', atau 'Mixture Too Lean/Rich'. Kalau idling enjin rasa gegar, bobok, atau rpm turun naik tak menentu, sensor ni mungkin dah 'kong' atau 'lazy' (bacaan lambat). Asap ekzos pun boleh jadi berbau petrol mentah sebab pembakaran tak sempurna.

Pengenalan

Barang ini kita ambil dari halfcut, bukan barang kedai potong tempatan yang dah lenjan habis. Ini adalah Oxygen Sensor original Bosch cop BMW. Kita pilih dari enjin yang mileage rendah, jadi element sensor dalam tu masih sensitif dan boleh baca campuran minyak dan angin dengan tepat. Jauh lebih tahan lama berbanding barang baru jenama cap ayam yang pakai sebulan dua dah rosak balik.

Maklumat Produk

  • Jenama: Bosch (Original BMW)
  • Model: BMW E46, E39, E53 (Sesuai untuk enjin M52TU / M54)
  • Nombor Part: 0 258 005 109
  • Nama Alat: Oxygen Sensor / Lambda Probe
  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
  • Nota: Sila pastikan nombor part sama dengan sensor lama di kereta anda. Lepas pasang, disarankan reset adaptation guna scanner supaya ECU dapat bacaan baru yang tepat.

Soalan Lazim

Lepas pasang sensor ni, check engine light terus padam ke?

Tak semestinya. Biasa kena guna scanner untuk 'Clear Fault Code' dulu. Lepas tu kena bawak jalan sikit bagi ECU belajar reading baru.

Sensor ni untuk belah atas (Pre-cat) atau bawah (Post-cat)?

Part number 0258005109 ni kena refer pada part number asal kereta tuan. Panjang wayar memainkan peranan. Sila check sensor lama dulu.

Ada waranti tak kalau barang sampai tak function?

Ada. Kita bagi waranti pasang dan test. Kalau reading mati atau heater putus, kita tukar lain.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara