1/3
MERCEDES BENZ

Mercedes Benz W222 W217 W205 TAILGATE CONTROL MODULE UNIT A2229006008 – Alat Ganti Terpakai Asli

RM 600

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • Mercedes Benz W222 W217 W205 TAILGATE CONTROL MODULE UNIT A2229006008 – Alat Ganti Terpakai Asli
  • Nombor part: A2229006008
  • Sesuai untuk: Mercedes Benz W222 S-Class, Mercedes Benz W217 S-Class Coupe, Mercedes Benz W205 C-Class · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 600 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Mercedes Benz W222 W217 W205 Tailgate Control Module Unit A2229006008 – Original Terpakai

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Masalah power boot atau tailgate pada Mercedes model W222 atau W205 selalunya berpunca daripada module ini. Antara simptom yang biasa owner kena adalah:

  • Bonet belakang langsung tak boleh buka atau tutup guna button.
  • Power boot sangkut tengah jalan atau tak habis tutup (soft close tak function).
  • Keluar warning "Boot Lid Open" dekat meter walaupun bonet dah tutup rapat.
  • Check guna scanner keluar fault code "Tailgate Control Unit No Communication" atau "Internal Malfunction".
  • Module asal masuk air sebab seal lampu belakang bocor atau sumbat saluran air.

Pengenalan

Barang ini adalah unit original yang dicabut daripada kereta halfcut luar negara dengan mileage yang masih rendah. Kualiti barang original Mercedes-Benz jauh lebih tahan lasak berbanding barang tiruan yang cepat panas dan rosak. Setiap unit telah kami buat pemeriksaan fizikal dan ujian fungsi sebelum masuk ke stor untuk pastikan ia dalam keadaan terbaik.

Maklumat Produk

  • Jenama: Mercedes-Benz Original
  • Model: W222, W217, W205
  • Nama Alat: Tailgate Control Module Unit (A2229006008)
  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
  • Nota: Barang ini perlukan proses "Online Coding" atau "Programming" menggunakan software Xentry/Star Diagnostic selepas pemasangan supaya ia sinkron dengan sistem kereta anda.

Soalan Lazim

Adakah barang ini boleh terus pasang dan pakai (Plug and Play)?

Tidak. Untuk Mercedes model baru seperti W222 dan W205, setiap module baru atau terpakai mesti kena coding dulu supaya sistem kereta dapat kenal module tersebut.

Macam mana kalau saya pasang tapi boot masih tak jalan?

Pastikan mekanik anda check wiring dan motor power boot sekali. Kalau module sudah ditukar dan coding sudah dibuat tapi masih tak jalan, kemungkinan motor boot atau sensor pinch sudah rosak.

Adakah part number A2229006008 ini boleh ganti nombor lain?

Kebiasaannya Mercedes ada "superseded number". Anda dinasihatkan check part number pada module asal kereta dulu. Kalau nombornya sama, memang 100% ngam.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara