1/3
MERCEDES BENZ

Panel Kawalan Multimedia Mercedes-Benz W222 Command Controller A2229008803 - (Alat Ganti Terpakai Asli)

RM 1,600

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • Panel Kawalan Multimedia Mercedes-Benz W222 Command Controller A2229008803 - (Alat Ganti Terpakai Asli)
  • Nombor part: A2229008803
  • Sesuai untuk: Mercedes Benz W222 S-Class · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 1,600 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Mercedes-Benz W222 Multimedia Control Panel Command Controller A2229008803 - Original Terpakai

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Biasa kalau barang ni dah mula kong, owner Mercedes W222 akan perasan beberapa simptom macam kat bawah ni:

  • Touchpad atas tu dah tak sensitif atau langsung tak boleh 'makan' bila swipe.
  • Button 'Back' atau 'Home' kena tekan kuat-kuat baru jalan, atau terus mati.
  • Tombol pusingan (rotary knob) berpusing kosong tapi menu kat screen tak bergerak.
  • Kadang-kadang sistem multimedia jadi 'hang' atau terus gelap sebab signal dari controller ni tak sampai ke head unit.
  • Keluar error code berkaitan LIN bus communication dalam scan tool.

Pengenalan

Barang ini adalah stok original halfcut yang kita bawa masuk dari luar negara dengan mileage yang sangat rendah. Kualiti barang original Mercedes-Benz jauh beza dengan barang tiruan sebab 'feel' tekan button dia tetap padu dan solid. Kita dah buat QC check untuk pastikan semua button dan touchpad berfungsi macam baru sebelum masuk stor.

Maklumat Produk

  • Jenama: Mercedes-Benz Original

  • Model: S-Class W222

  • Nama Alat: Multimedia Control Panel / Command Controller / Touchpad

  • Part Number: A2229008803

  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)

  • Nota: Untuk Mercedes W222, barang ini memerlukan proses coding/programming selepas pemasangan supaya sistem kereta dapat kenal part baru dan semua fungsi berjalan lancar.

Soalan Lazim

Adakah barang ini barang baru?

Bukan, ini adalah barang original terpakai dari kereta halfcut, tapi kualiti dia kita dah tapis dan test betul-betul.

Lepas pasang kena buat coding ke?

Ya, untuk model W222, anda perlu bawa ke bengkel yang ada software Mercedes (Xentry/Autel) untuk coding supaya controller ni 'sync' dengan sistem multimedia kereta.

Kalau pasang tapi touchpad tetap tak jalan macam mana?

Kami bagi waranti 30 hari. Kalau barang bermasalah, boleh tukar satu-ke-satu, asalkan seal waranti kami tidak usik atau pecah.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara