1/3
MERCEDES BENZ

Mercedes-Benz W211 W203 W219 Modul Penggera A2118209126 - Alat Ganti Asli Terpakai

RM 350

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • Mercedes-Benz W211 W203 W219 Modul Penggera A2118209126 - Alat Ganti Asli Terpakai
  • Nombor part: A2118209126 / 2118209126
  • Sesuai untuk: Mercedes E-Class W211, Mercedes CLS W219, Mercedes Benz C-Class W203 · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 350 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

  • Alarm kereta bunyi sendiri tanpa sebab, kadang-kadang tengah malam buta.
  • Bateri kereta cepat kong atau lemah lepas parking semalaman. Punca utama sebab bateri dalam modul ni dah bocor dan tarik current kereta.
  • Bila kunci pintu, siren tak berbunyi langsung.
  • Mesej "Anti-theft alarm malfunction" atau "Service Required" naik kat meter dashboard.
  • Bila scan guna komputer, keluar fault code berkaitan "Siren with additional battery" atau "ATA Malfunction".

Pengenalan

Ini Modul Alarm original, barang halfcut dari Jepun. Bukan barang baru Taiwan atau China, ini original Mercedes-Benz. Diambil dari kereta mileage rendah. Kondisi cun, dah siap test fungsi siren dan bateri dalaman dia tak tarik current.

Maklumat Produk

  • Jenama: Mercedes-Benz
  • Model: W211 E-Class, W203 C-Class, W219 CLS-Class
  • Nama Alat: Modul Alarm Siren (A2118209126)
  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
  • Nota: Lepas pasang mungkin perlu coding atau reset fault code guna scanner Mercedes untuk hilangkan warning dekat dashboard. Sila rujuk pomen bertauliah.

Soalan Lazim

Boleh pasang terus (plug and play) ke?

Kebanyakan model boleh terus pasang dan fungsi. Tapi, untuk hilangkan warning lama dekat meter, disarankan untuk reset fault code guna scanner. Ada kes tertentu perlukan coding, rujuk pada pomen anda.

Macam mana nak sahkan modul alarm saya yang rosak?

Simptom paling biasa ialah bateri kereta drain semalaman atau alarm bunyi sendiri. Cara paling tepat ialah scan guna komputer diagnostik, dia akan tunjuk fault code direct ke 'alarm siren'.

Ada waranti tak kalau barang tak boleh pakai?

Ya, kami bagi waranti 30 hari. Kalau ada masalah, boleh tukar satu-ke-satu, dengan syarat barang tak diusik, dibuka atau rosak sebab pemasangan salah.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara