1/3
MERCEDES BENZ

Mercedes-Benz R171 W211 W219 Modul Central Gateway A1715405145 - Alat Ganti Asli Terpakai

RM 450

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • Mercedes-Benz R171 W211 W219 Modul Central Gateway A1715405145 - Alat Ganti Asli Terpakai
  • Nombor part: A1715405145 / A2115407245 / A1714420027 / A2C53121376 / 1715405145 / 2115407245
  • Sesuai untuk: Mercedes E-Class W211, Mercedes CLS W219, Mercedes Benz R171 SLK-Class · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 450 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Bila module Central Gateway (ZGW/CGW) ni mula buat hal, satu kereta boleh jadi pening sebab dia ni jambatan segala data (CAN-Bus). Simptom biasa termasuk scanner tak boleh detect banyak module (Communication Error), meter cluster jadi tak betul atau mati, dan lampu warning menyala serentak macam pokok krismas. Kadang-kadang bateri cepat kong (parasitic drain) sebab module tak masuk 'sleep mode'. Kalau check wiring CAN-Bus semua elok tapi data tak cross, memang sah module ni yang bermasalah.

Pengenalan

Barang ini kita ambil terus dari kereta halfcut import, bukan barang 'local scrap' yang dah lenjan teruk. Mileage kereta penderma pun rendah, jadi jangka hayat komponen elektronik dalaman masih panjang. Ini adalah barang Original Mercedes-Benz, papan litar dalam masih bersih dan tiada kesan 'repair'. Sesuai untuk ganti unit asal yang dah masuk air atau short circuit.

Maklumat Produk

  • Jenama: Mercedes-Benz
  • Model: R171 (SLK), W211 (E-Class), W219 (CLS)
  • Nama Alat: Central Gateway Module (ZGW)
  • Nombor Part: A1715405145
  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
  • Nota: Barang elektronik ini WAJIB buat coding atau programming (SCN Coding) menggunakan Star Diagnosis (Xentry) selepas pasang.

Soalan Lazim

Boleh pasang terus hidup ke (Plug and Play)?

Tidak boleh bos. Gateway module pegang configuration kereta. Kena coding balik atau transfer data dari module lama supaya VIN dan spec tally dengan kereta anda.

Macam mana nak confirm part ni sesuai dengan kereta saya?

Paling tepat, cabut module lama dan tengok sticker. Kalau nombor part tulis A1715405145, memang ngam dan sesuai.

Kalau pasang tapi tak coding, apa jadi?

Kereta mungkin boleh hidup, tapi akan keluar banyak fault code, meter tak function betul, atau ada features kereta yang hilang sebab setting tak sama.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara