1/4
MERCEDES BENZ

Mercedes-Benz R170 SLK-Class Modul Keselesaan Kunci Pusat Pam PSE A1708000848 - Terpakai Alat Ganti Asli

RM 500

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • Mercedes-Benz R170 SLK-Class Modul Keselesaan Kunci Pusat Pam PSE A1708000848 - Terpakai Alat Ganti Asli
  • Nombor part: A1708000848 / A1708000348 / A1708000148
  • Sesuai untuk: Mercedes Benz R170 SLK-Class · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 500 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Pam PSE Central Lock Comfort Module Mercedes-Benz R170 SLK-Class A1708000848 - Original Terpakai

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Kalau kereta SLK R170 anda ada masalah ni, kemungkinan besar PSE Pump dah rosak:

  • Pintu tak boleh lock atau unlock guna remote/suis dalam.
  • Pam vakum bunyi bising (mengaum) lebih dari 10 saat tapi pintu tak kunci.
  • Langsung tiada bunyi dari pam bila tekan butang lock.
  • Bonet belakang atau fuel flap tak boleh buka.
  • Alarm system meragam atau tak berfungsi.
  • Scanner keluar kod DTC macam B1436 (Central Locking Pump Circuit Fault) atau mesej "Pneumatic System Leak Detected".

Pengenalan

Pam PSE (Pneumatic System Equipment) original untuk model Mercedes-Benz R170 SLK-Class. Barang halfcut dari Jepun, condition cun dengan mileage rendah. Modul ini adalah 'otak' untuk sistem central locking, alarm, dan fungsi vakum yang lain. Ganti yang rosak untuk selesaikan masalah pintu tak boleh lock dan alarm meragam.

Maklumat Produk

  • Jenama: Mercedes-Benz
  • Model: R170 SLK-Class (SLK200, SLK230, SLK320)
  • Nama Alat: Comfort Module Central Locking PSE Pump A1708000848
  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
  • Nota: Pastikan part number A1708000848 sama dengan yang asal untuk elak masalah. Kebanyakan kes plug and play, tapi disyorkan scan semula selepas pasang untuk clear fault code lama.

Soalan Lazim

Barang ni original ke?

Ya, ini 100% barang original Mercedes-Benz, cabut dari kereta halfcut Jepun.

Boleh masuk model SLK saya tak?

Pam ini untuk R170 SLK-Class. Paling penting, sila pastikan nombor part A1708000848 pada pam lama anda sama sebijik dengan yang kami jual. Ini untuk pastikan 100% ngam.

Ada waranti tak?

Ada. Kami bagi waranti 30 hari untuk test fungsi. Kalau ada masalah, boleh tukar 'one-to-one' (tertakluk pada stok).

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara