1/4
BMW

BMW F30 F25 F48 N20 Turbocharger 2767161 - Alat Ganti Asli Terpakai

RM 1,800

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • BMW F30 F25 F48 N20 Turbocharger 2767161 - Alat Ganti Asli Terpakai
  • Nombor part: 2767161 / 848663-0002 / 8683535 / MGT2056 / 852606-0005 / 812045-0062 / 4432204
  • Sesuai untuk: BMW F25 X3, BMW F48 X1, BMW F30 3 Series · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 1,800 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Bila turbo N20 mula kong, skrin iDrive akan naik warning "Drivetrain Malfunction" dan check engine menyala. Kod error biasa naik 120308 atau 120408 berkaitan charging pressure low. Pemandu akan rasa kereta berat, tak ada pickup (underpower) bila tekan minyak rapat. Kalau seal turbo dah bocor, ekzos akan keluar asap putih tebal (makan minyak hitam) dan ada bunyi macam siren atau bunyi besi bergeser dari bahagian enjin.

Pengenalan

Barang ini diambil terus dari kereta halfcut (CKD), bukan barang recond atau repair tempatan. Kami pilih unit yang mileage rendah sahaja supaya jangka hayat panjang. Original BMW, kualiti besi housing dan kipas turbin jauh lebih tahan panas berbanding barang copy. Shaft padat, tiada freeplay berlebihan.

Maklumat Produk

  • Jenama: BMW (Original)
  • Model: BMW F30 (320i, 328i), F25 (X3), F48 (X1), F10 (520i/528i) Enjin N20
  • Nama Alat: Turbocharger Assembly (Exhaust Manifold Integrated)
  • Part Number: 11652767161 / 2767161
  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
  • Nota: Pastikan tukar gasket baru dan o-ring paip minyak turbo masa pasang untuk elak bocor.

Soalan Lazim

Ini barang recond atau second hand?

Ini barang original terpakai (halfcut). Kami tak jual barang recond sebab ketahanan tak sama dengan original kilang.

Wastegate actuator tiang goyang tak?

Kami dah check, linkage wastegate ketat dan actuator berfungsi dengan baik. Tak ada isu rattle wastegate yang biasa jadi pada N20.

Perlu coding ke lepas pasang?

Turbo ini barang mekanikal, tak perlu coding. Cuma disarankan reset adaptation nilai boost guna scanner lepas siap pasang.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara

Part ini berkaitan dengan kod rosak berikut