1/5
BMW

BMW F30 F10 F25 N20 Engine Alternator Generator 12317605478 - Alat Ganti Asal Terpakai

RM 550

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • BMW F30 F10 F25 N20 Engine Alternator Generator 12317605478 - Alat Ganti Asal Terpakai
  • Nombor part: 12317605478 / 12317605061 / 104210-6392
  • Sesuai untuk: BMW F30 3 Series, BMW F10 5 Series, BMW F25 X3, BMW E84 X1 · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 550 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Alternator Generator BMW F30 F10 F25 N20 Original Terpakai

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Biasanya kalau alternator sudah mula "kong", kereta BMW anda akan tunjuk tanda-tanda macam bawah ini:

  • Keluar amaran "Charging Malfunction" atau "Battery Not Charging" pada skrin iDrive.
  • Lampu simbol bateri warna merah menyala pada meter cluster.
  • Enjin susah hendak hidup (cranking lembap) sebab bateri tidak dicas penuh.
  • Ada bunyi kasar atau berdengung (bearing sound) dari bahagian depan enjin.
  • Lampu depan jadi malap atau sistem elektronik kereta tiba-tiba jadi gila (glitch).
  • Bila check guna multimeter, bacaan voltan bawah 13.5V semasa enjin hidup.

Pengenalan

Barang ini adalah unit halfcut original BMW, bukannya barang tiruan atau barang kedai aksesori. Kita bawa masuk unit yang mileage rendah untuk pastikan jangka hayat carbon brush dan IC regulator masih panjang. Alternator ini sangat penting untuk sistem elektrikal BMW yang sensitif, jadi kualiti original adalah pilihan paling selamat untuk elakkan iDrive keluar error.

Maklumat Produk

  • Jenama: BMW (Original Equipment)
  • Model: F30 (3 Series), F10 (5 Series), F25 (X3)
  • Enjin: N20 Turbo
  • Part Number: 12317605478
  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
  • Nota: Digalakkan check terminal soket dan keadaan tali sawat (fan belt) sebelum pasang unit ini.

Soalan Lazim

Kenapa saya perlu pilih barang original terpakai berbanding barang baru yang murah?

Alternator BMW N20 menggunakan sistem komunikasi BSD (Bit Serial Data). Barang murah selalunya tidak ngam dengan sistem ECU kereta, yang boleh menyebabkan lampu amaran tidak padam atau bateri cepat rosak (overcharge).

Adakah alternator ini perlu dilakukan "coding" selepas pasang?

Secara teknikal, unit ini adalah "plug and play" mengikut part number yang sama. Namun, anda sangat digalakkan untuk buat "Battery Registration" guna scanner kalau bateri anda pernah flat sebelum ini supaya sistem charging tahu ada alternator baru yang berfungsi dengan baik.

Macam mana kalau saya pasang tapi masih tidak cas?

Pastikan kabel besar dari bateri ke alternator tidak longgar dan fius utama berada dalam keadaan baik. Jika unit kami yang bermasalah, kami cover dengan waranti tukar satu ke satu.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara

Part ini berkaitan dengan kod rosak berikut