1/4
BMW

BMW F15 F16 Hybrid Body Domain Controller BDC 61359869886 - Alat Ganti Asli Terpakai

RM 1,600

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • BMW F15 F16 Hybrid Body Domain Controller BDC 61359869886 - Alat Ganti Asli Terpakai
  • Nombor part: 61359869886 / 61359869885 / 6615526597 / 2611-13-9385 / BDC-LR01 / 106818 / 11 / 116RI-001097
  • Sesuai untuk: BMW F15 X5, BMW F16 X6 · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 1,600 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Masalah paling biasa bila BDC (Body Domain Controller) ini mula nak kong adalah kereta tak boleh start langsung, tekan butang start/stop tiada respon sebab immobilizer tak release. Kunci remote kadang-kadang tak detect atau tak boleh lock/unlock pintu. Sistem elektronik dalam kereta jadi gila, contohnya power window tak berfungsi, lampu interior berkelip-kelip, atau wiper jalan sendiri. Kalau scan guna komputer, akan keluar kod error tiada komunikasi dengan module BDC atau masalah terminal voltage. Untuk model Hybrid F15/F16, masalah BDC juga boleh kacau sistem charging management bateri hybrid.

Pengenalan

Ini adalah unit BDC original yang dicabut terus dari kereta potong (halfcut) luar negara. Barang ini adalah original BMW, bukan set repair atau recond. Keadaan board litar dalaman masih bersih, tiada kesan masuk air atau terbakar. Kami pilih unit dari kereta mileage rendah untuk pastikan ketahanan komponen elektronik masih kuat. Sangat sesuai untuk ganti unit asal kereta anda yang dah rosak akibat short circuit atau water damage.

Maklumat Produk

  • Jenama: BMW
  • Model: X5 F15, X6 F16 (Spec Hybrid)
  • Nama Alat: Body Domain Controller (BDC)
  • Nombor Part: 61359869886
  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
  • Nota: Barang ini TIDAK Plug and Play. Wajib buat coding, programming atau data cloning daripada unit lama ke unit ini supaya kunci dan immobilizer berfungsi. Sila cari pomen pakar coding BMW.

Soalan Lazim

Boleh pasang sendiri terus hidup enjin ke?

Tidak boleh. BDC ini otak kepada sistem security kereta. Mesti panggil programmer untuk copy data immobilizer lama masuk ke sini baru kereta boleh start.

Adakah ini barang baru atau second hand?

Ini barang original terpakai (halfcut). Kualiti barang original terpakai lebih terjamin ketahanan berbanding barang elektronik tiruan baru.

Kalau part number lain sikit boleh pakai tak?

BDC BMW sangat sensitif. Sila bagi nombor chassis (VIN) kereta anda kepada kami untuk kami semak kesesuaian dalam sistem sebelum beli.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara