Pam ABS Hibrid BMW X5 F15 Unit Kawalan DSC 34516879442 - Alat Ganti Asli Terpakai
RM 5,300
Keadaan: Terpakai (Asli)Ringkasan Pantas
- Pam ABS Hibrid BMW X5 F15 Unit Kawalan DSC 34516879442 - Alat Ganti Asli Terpakai
- Nombor part: 34516879442 / 34526884437 / 34516875501 / 34516884436
- Sesuai untuk: BMW F15 X5, BMW F16 X6 · sahkan dengan nombor casis sebelum order
- Terpakai (Asli) · telah diuji
- RM 5,300 · harga muktamad melalui WhatsApp
- M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia
BMW X5 F15 Hybrid ABS Pump DSC Control Unit 34516879442 Original Terpakai
Diagnosis dan Simptom Kerosakan
Bila ABS pump atau DSC unit ni dah mula kong, kereta BMW X5 F15 Hybrid anda akan keluar lampu amaran ABS, Brake, dan DSC (gambar kereta gelincir) dekat dashboard. Antara tanda-tanda lain yang pomen selalu jumpa:
- Pedal brek rasa keras atau kadang-kadang rasa kosong (spongy).
- Keluar mesej "Drive Moderately" atau "Chassis Stabilisation Malfunction" dekat skrin iDrive.
- Sistem "Regenerative Braking" untuk model hybrid tak berfungsi, menyebabkan bateri susah nak cas masa brek.
- Bila masuk scanner, keluar kod error berkaitan "Pump Motor", "Pressure Sensor", atau "Internal Control Module Failure".
- Kereta rasa tidak stabil masa ambil selekoh tajam sebab sistem agihan brek dah tak cun.
Pengenalan
Barang ini adalah stok halfcut original yang dicabut terus dari kereta BMW X5 F15 Hybrid di luar negara. Bukan barang rekon atau barang China, kualiti memang jauh beza dari segi ketahanan board elektronik dalaman. Semua unit yang kami bawa masuk adalah dari kereta mileage rendah untuk pastikan jangka hayat pump masih panjang. Barang sudah melalui pemeriksaan fizikal dan ujian teknikal asas sebelum masuk stor.
Maklumat Produk
- Jenama: BMW Original
- Model: X5 F15 Hybrid (XDrive40e)
- Nama Alat: ABS Pump / DSC Control Unit
- Nombor Part: 34516879442
- Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
- Nota: Wajib buat online coding atau programming selepas pemasangan supaya unit ini "kenal" dengan VIN kereta anda.
Soalan Lazim
Adakah barang ini "Plug and Play"?
Tidak. Untuk model BMW F15, mana-mana unit DSC yang ditukar wajib melalui proses coding menggunakan software seperti ISTA atau Autel supaya sistem hybrid dan brek berfungsi serentak.
Bolehkah unit ini digunakan untuk F15 Petrol biasa atau Diesel?
Bergantung pada nombor part. Unit 34516879442 ini dikhaskan untuk model Hybrid (XDrive40e). Sila semak nombor part asal pada kereta anda sebelum beli.
Kalau pasang tapi lampu amaran masih ada, apa puncanya?
Biasanya kena buat "Steering Angle Sensor Calibration" dan "Brake Bleeding" yang betul. Pastikan pomen anda ada tools yang cukup untuk buat kerja-kerja ni.
Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.
Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.
Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.
Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.
Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.
Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.
Alat Ganti Asal
Original Eropah Berkualiti
Penghantaran Pantas
Seluruh Negara