1/5
BMW

BMW F15 Hybrid Kotak Gear Transmisi Automatik GA8P75HZ - Alat Ganti Asli Terpakai

RM 6,500

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • BMW F15 Hybrid Kotak Gear Transmisi Automatik GA8P75HZ - Alat Ganti Asli Terpakai
  • Nombor part: GA8P75HZ / 6CJP25A / 074009 / 1102 / 0023318 / EMP269 / 070 / 02
  • Sesuai untuk: BMW F15 X5 · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 6,500 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Selalunya kalau gearbox F15 Hybrid (xDrive40e) ni dah mula buat hal, dia akan keluar "Drivetrain Malfunction" dekat skrin iDrive. Simptom paling ketara ialah bila masuk gear 'D' atau 'R', kereta rasa menyentap (jerking) kuat. Ada juga kes kereta tiba-tiba 'Limp Mode', gear sangkut tak nak tukar (stuck gear) atau slip masa nak memecut. Kalau scan guna komputer, selalunya keluar kod DTC berkaitan 'Ratio Monitoring' atau masalah pada 'Integrated Electric Motor'. Kalau dah ada tanda-tanda ni, memang lebih jimat tukar sebiji unit halfcut terus.

Pengenalan

Barang ini adalah unit gearbox GA8P75HZ original cabut terus dari kereta halfcut BMW F15 spec Japan mileage rendah. Ini bukan unit rebuild atau unit yang sudah dibaik pulih secara luaran sahaja, tetapi unit asal yang masih dalam keadaan mantap. Kualiti barang original BMW terpakai jauh lebih tahan lasak berbanding barang yang tidak tentu puncanya. Sesuai untuk owner X5 Hybrid yang mahu restore balik prestasi pemanduan asal tanpa kos yang melampau di pusat servis.

Maklumat Produk

  • Jenama: BMW (ZF Original)
  • Model: F15 X5 xDrive40e (Hybrid)
  • Nama Alat: Automatic Transmission Gearbox GA8P75HZ
  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
  • Nota: Wajib buat 'Online Coding' atau 'Programming' semula selepas pemasangan supaya sistem hybrid dan mechatronic dapat 'sync' dengan kereta.

Soalan Lazim

Adakah unit ini datang sekali dengan motor hybrid di dalamnya?

Ya, gearbox GA8P75HZ untuk F15 Hybrid ini memang sekali dengan unit E-Motor di dalam housing gearbox tersebut.

Bolehkah gearbox ini dipasang terus tanpa 'coding'?

Tidak boleh. Kerana unit ini mempunyai modul mechatronic sendiri, anda perlu buat 'alignment' software atau coding menggunakan sistem ICOM supaya kereta boleh hidup dan masuk gear dengan lancar.

Berapa lama jangka hayat gearbox halfcut begini?

Bergantung pada penjagaan. Jika guna minyak gearbox yang betul (ZF Lifeguard 8) dan cara pemanduan yang betul, unit halfcut mileage rendah selalunya boleh bertahan bertahun-tahun.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara