1/3
BMW

BMW F10 F02 F15 Unit Kawalan Dinamik Menegak 37146857937 - Alat Ganti Asli Terpakai

RM 1,000

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • BMW F10 F02 F15 Unit Kawalan Dinamik Menegak 37146857937 - Alat Ganti Asli Terpakai
  • Nombor part: 37146857937 / 6857937 / 00404097F9
  • Sesuai untuk: BMW F02 7 Series, BMW F15 X5, BMW F30 3 Series, BMW F10 5 Series, BMW F01 7 Series, BMW F16 X6 · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 1,000 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Bila modul VDC (Vertical Dynamics Control) atau EDC ini bermasalah, simptom paling jelas ialah keluar warning dekat skrin iDrive tulis "Chassis Function Restricted". Pemanduan akan rasa tak sedap, absorber jadi keras kejung macam naik kereta kuda (safety mode) atau membuai tak tentu arah. Butang tukar mode Sport/Comfort tu tekan pun tak ada beza. Kalau cucuk komputer scanner, biasa naik fault code tiada komunikasi dengan modul VDC atau "Internal Fault". Punca biasa modul ni rosak sebab masuk air, connector berkarat atau litar dalaman dah short circuit.

Pengenalan

Ini barang cabut dari kereta halfcut luar negara, bukan barang repair atau recond lokal. Kondisi papan litar elektronik (PCB) dalaman masih cantik, tiada kesan terbakar atau kesan air. Kita ambil dari kereta mileage rendah, jadi jangka hayat barang masih panjang. Memang barang Original BMW, fitment cun dan komunikasi dengan sistem kereta lancar.

Maklumat Produk

  • Jenama: BMW

  • Model: Sesuai untuk F10 (5 Series), F02 (7 Series), F15 (X5) yang ada sistem VDC

  • Nama Alat: Vertical Dynamics Control Unit / EDC Module

  • Nombor Part: 37146857937

  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)

  • Nota: Pemasangan memerlukan Coding dan Programming menggunakan scanner BMW untuk pairing dengan kereta.

Soalan Lazim

Barang ni boleh pasang terus jalan ke (Plug and Play)?

Tak boleh bang. Barang elektronik macam ni wajib buat coding atau programming semula pakai scanner (ISTA dan sebagainya) untuk bagi dia "kawin" dengan sistem kereta anda.

Macam mana nak tahu part number ni sesuai dengan kereta saya?

Boleh tengok sticker pada modul lama abang, atau bagi nombor chassis (VIN) dekat kami. Kami tolong semak dalam sistem catalogue BMW.

Kalau pasang tapi warning masih keluar macam mana?

Kalau warning masih ada, kena check wiring harness ke absorber takut ada wayar putus, atau sensor level height ada masalah. Modul ni jarang rosak kalau tak masuk air.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara