Rak Stereng Aktif BMW F10 5-Series (Elektrik/Hidraulik) 32106794503 - Alat Ganti Asli Terpakai
RM 3,000
Keadaan: Terpakai (Asli)Ringkasan Pantas
- Rak Stereng Aktif BMW F10 5-Series (Elektrik/Hidraulik) 32106794503 - Alat Ganti Asli Terpakai
- Nombor part: 32106794503 / 32106793549 / 32106788280 / 32106795328
- Sesuai untuk: BMW F10 5 Series · sahkan dengan nombor casis sebelum order
- Terpakai (Asli) · telah diuji
- RM 3,000 · harga muktamad melalui WhatsApp
- M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia
BMW F10 5-Series Active Steering Rack Original Terpakai
Diagnosis dan Simptom Kerosakan
Banyak owner BMW F10 kena masalah rack stering ni terutama kalau spec yang ada Active Steering (AFS). Antara tanda-tanda rack stering dah mula 'kong' atau sensor dalaman dah rosak:
- Keluar amaran "Steering effort increased" atau "Active Steering Fault" kat skrin iDrive.
- Stering jadi berat tiba-tiba, rasa macam bawak lori tak ada power steering.
- Kod DTC yang biasa naik dalam scan: 480112 (Motor sensor) atau 480134 (Internal fault).
- Ada bunyi 'kluk-kluk' atau bunyi kasar masa pusing stering masa kereta statik atau tengah parking.
- Kedudukan stering wheel tak centre (senget) walaupun dah buat alignment banyak kali.
Pengenalan
Barang ini adalah steering rack original BMW F10 untuk model yang menggunakan sistem Active Steering. Ini adalah barang halfcut yang kita bawa masuk dari luar negara dengan mileage yang masih rendah. Kualiti barang original terpakai jauh lebih baik dan tahan lama berbanding barang rekon atau barang tiruan yang tak tentu hala kualitinya. Kita dah test unit ini untuk pastikan sensor dan motor berfungsi dengan cemerlang sebelum dijual.
Maklumat Produk
- Jenama: BMW Original
- Model: BMW 5-Series F10 (523i, 528i, 530i, 535i)
- Nama Alat: Active Steering Rack (Electric/Hydraulic) 32106794503
- Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
- Nota: Lepas pasang wajib buat "Startup" dan "Calibration" guna software ISTA/BMW Diagnosis. Coding diperlukan supaya modul rack dapat 'berkenalan' dengan kereta anda.
Soalan Lazim
Kereta saya BMW F10 520i, boleh masuk rack ni tak?
Kena check dulu part number asal. Kalau kereta anda spec Active Steering (ada plug besar kat rack), baru boleh guna. Kalau spec biasa, tak boleh masuk sebab wiring beza.
Barang ni dah siap dengan tie rod end ke?
Kita bagi sekali tie rod end yang ada pada rack tu, tapi kita nasihatkan tukar rubber boot baru kalau perlu untuk jaga jangka hayat rack.
Rack ni ada bunyi 'tak-tak' tak kalau pusing?
Tak ada. Rack ini sudah diperiksa fizikal dan mekanikal. Gigi rack masih cantik dan tak ada 'play' yang berlebihan.
Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.
Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.
Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.
Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.
Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.
Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.
Alat Ganti Asal
Original Eropah Berkualiti
Penghantaran Pantas
Seluruh Negara