1/4
BMW

BMW E90 E60 E65 F10 F02 N52 Starter Motor 12417616500 - Alat Ganti Asli Terpakai

RM 350

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • BMW E90 E60 E65 F10 F02 N52 Starter Motor 12417616500 - Alat Ganti Asli Terpakai
  • Nombor part: 12417616500 / 7616500 / TS12E36 / 182074202BJBAW
  • Sesuai untuk: BMW F02 7 Series, BMW E60 5 Series, BMW F10 5 Series, BMW F01 7 Series, BMW E65 7 Series, BMW E90 3 Series · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 350 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Bila tekan butang start, enjin senyap sunyi atau cuma bunyi "tik" sekali saja. Kadang-kadang crank jadi sangat berat (slow crank) macam bateri kong, padahal bateri baru saja tukar atau voltage cukup. Ada masa kena ketuk body starter baru kereta boleh hidup. Ini tanda carbon brush dah habis atau solenoid dah jem. Kalau biar lama, boleh rosakkan flywheel atau bateri cepat tendang.

Pengenalan

Barang ini kita ambil dari halfcut import, bukan barang repair atau recon tempatan. Condition memang padu sebab ambil dari kereta mileage rendah. Original BMW, ketahanan jauh beza dengan barang baru brand biasa. Kita dah test pusingan motor, memang laju dan smooth.

Maklumat Produk

  • Jenama: BMW (Original Genuine)
  • Model Sesuai: BMW E90, E60, E65, F10, F02 (Enjin N52 / N52N / N51)
  • Nama Alat: Starter Motor
  • Nombor Part: 12417616500
  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
  • Nota: Pastikan check cable ground (negatif) body kereta. Kalau ground tak cantik, starter baru pun akan rasa berat nak pusing. Tiada coding diperlukan, plug and play (PNP).

Soalan Lazim

Kereta saya E60 enjin M54, boleh pakai tak?

Tak boleh. Ini khas untuk enjin N52 magnesium block (butang start). Tapak lain. Sila bagi chasis number untuk confirmkan.

Adakah barang ini recon atau servisan?

Bukan. Ini original halfcut. Maksudnya barang original kilang yang belum pernah dibuka atau diusik. Ketahanan lebih baik dari recon.

Kalau pasang tapi tak hidup juga macam mana?

Kalau starter pusing tapi enjin tak hidup, check fius, fuel pump atau CAS module. Tapi kalau starter yang kami bagi tak pusing langsung, boleh claim waranti.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara