1/3
VOLVO

Volvo S60 Set Regulator dan Motor Tingkap Kuasa - Alat Ganti Asli Terpakai

RM 350

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • Volvo S60 Set Regulator dan Motor Tingkap Kuasa - Alat Ganti Asli Terpakai
  • Sesuai untuk: Volvo S60 T6 · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 350 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Masalah biasa bila tingkap tak boleh naik atau turun. Kalau tekan suis ada bunyi motor pusing tapi cermin tak gerak, selalunya klip plastik pada regulator dah pecah atau kabel putus (bunyi krek-krek). Kalau tekan suis senyap terus tak ada respon, selalunya motor power window dah kong atau carbon brush habis. Kadang-kadang cermin boleh turun sendiri masa jalan tak rata sebab mekanisme dah loose. Kod fault code (DTC) mungkin naik pada module DDM (Driver Door Module) atau PDM (Passenger Door Module) kalau motor short atau circuit open.

Pengenalan

Ini adalah set lengkap regulator sekali motor, original cabut dari kereta halfcut luar negara. Barang original Volvo (biasanya buatan Brose atau FoMoCo) besi dia tebal dan motor tahan lama berbanding barang baru aftermarket yang ringan. Kita pilih dari unit mileage rendah, jadi motor masih laju dan kabel masih tegang. Pasang terus lekat, tak perlu pening modify lubang skru pintu.

Maklumat Produk

  • Jenama: Volvo Genuine Parts
  • Model: Volvo S60
  • Nama Alat: Power Window Regulator & Motor Assembly
  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
  • Nota: Sila pastikan jumlah pin pada soket motor sama dengan kereta asal. Kadang-kadang perlu buat "window reset" manual lepas pasang untuk set auto up/down.

Soalan Lazim

Ini jual satu set motor dengan regulator ke?

Ya, harga untuk satu set siap motor dan tapak regulator (tulang). Kalau nak asing kena chat dulu tengok stok.

Boleh pakai untuk semua pintu ke?

Tidak. Depan Kanan (Driver), Depan Kiri, Belakang Kanan dan Belakang Kiri semua lain cutting. Sila bagitahu bahagian mana yang rosak sebelum order.

Lepas pasang kena masuk komputer coding ke?

Biasanya Plug and Play (PNP) sahaja. Cuma kalau fungsi auto naik turun tak jalan, kena buat manual reset guna butang suis tingkap (tahan naik 5 saat, tahan turun 5 saat).

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara