Volvo 850 S70 V70 Regulator Power Window Belakang - Alat Ganti Asli Terpakai
RM 250
Keadaan: Terpakai (Asli)Ringkasan Pantas
- Volvo 850 S70 V70 Regulator Power Window Belakang - Alat Ganti Asli Terpakai
- Sesuai untuk: Volvo V70 (1996–2016) · sahkan dengan nombor casis sebelum order
- Terpakai (Asli) · telah diuji
- RM 250 · harga muktamad melalui WhatsApp
- M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia
Diagnosis dan Simptom Kerosakan
Masalah biasa bila cermin tingkap belakang tak boleh turun atau naik, selalunya regulator dah jam atau cable dah putus. Bila tekan suis, mungkin dengar bunyi motor pusing 'zeng zeng' tapi cermin tak gerak, atau cermin terus jatuh ke dalam pintu (drop glass). Ada juga kes dengar bunyi 'krek krek' macam pasir, itu tanda gigi gear dalam motor dah haus atau cable dah mula serabut. Kalau cermin senget bila naik, itu pun tanda bracket regulator dah bengkok atau loose.
Pengenalan
Barang ini kita ambil terus dari halfcut luar negara, mileage rendah. Ini barang Original Volvo, bukan barang copy atau lokal. Motor power window masih kuat, naik turun laju tak ada semput. Mechanism besi dan cable masih elok, tiada karat atau putus. Sesuai untuk ganti regulator lama yang dah rosak atau cable snap.
Maklumat Produk
-
Jenama: Volvo
-
Model: 850, S70, V70 (Classic)
-
Nama Alat: Rear Power Window Regulator (Left / Right)
-
Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
-
Nota: Sila pastikan pilih side yang betul (Kiri atau Kanan) dan check socket motor sama dengan asal. Pasang plug and play, tak perlu modify wayar kalau model sama.
Soalan Lazim
Ini jual sekali motor ke tapak sahaja?
Kita jual satu set lengkap, regulator (tapak) sekali dengan motor power window dia.
Boleh masuk dekat Volvo 940 atau S60 tak?
Tak boleh. Ini khas untuk body 850, S70 dan V70 petak sahaja. Tapak skru dia lain.
Kalau pasang sendiri boleh ke?
Boleh kalau ada tools nak buka door trim dan riveter (kalau jenis rivet). Tapi recommend bagi pomen pasang supaya cermin tak pecah masa setting.
Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.
Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.
Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.
Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.
Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.
Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.
Alat Ganti Asal
Original Eropah Berkualiti
Penghantaran Pantas
Seluruh Negara