Mercedes-Benz W221 Unit Kawalan Parktronic PTS A2215408262 - Alat Ganti Asli Terpakai
RM 500
Keadaan: Terpakai (Asli)Ringkasan Pantas
- Mercedes-Benz W221 Unit Kawalan Parktronic PTS A2215408262 - Alat Ganti Asli Terpakai
- Nombor part: A2215408262 / A2215450616 / A2214420756 / 0263004253
- Sesuai untuk: Mercedes-Benz S-Class W221 · sahkan dengan nombor casis sebelum order
- Terpakai (Asli) · telah diuji
- RM 500 · harga muktamad melalui WhatsApp
- M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia
Diagnosis dan Simptom Kerosakan
Bila masuk gear, bar lampu parking dekat dashboard atau siling belakang menyala merah kiri kanan, bunyi 'beeeep' panjang sekali, lepastu sistem terus mati (auto off). Dekat meter keluar warning "Park Assist Inoperative". Kalau scan guna Xentry atau scanner biasa, mungkin tak dapat communicate dengan module PTS atau keluar kod error voltage supply. Ini tandanya module parking dalam bonet belakang dah 'kong' atau short circuit, biasa punca dari air masuk kawasan module atau usia barang dah lama. Kalau sensor bumper semua elok tapi sistem masih fail, memang sah module ni puncanya.
Pengenalan
Ini adalah unit control module PTS original cabut dari kereta halfcut (CKD). Bukan barang repair atau recond, memang asli dari kilang Mercedes-Benz. Kondisi board litar dalaman masih bersih, tiada kesan masuk air atau komponen terbakar sebab kita ambil dari kereta mileage rendah. Barang original Mercedes ketahanan dia jauh lebih kuat berbanding barang baru buatan China. Sesuai untuk ganti unit asal yang dah rosak supaya sistem parking berfungsi semula.
Maklumat Produk
-
Jenama: Mercedes-Benz (Genuine)
-
Model: S-Class W221 (S300, S350, S500)
-
Nombor Part: A221 540 82 62
-
Nama Alat: Parktronic PTS Control Unit Module
-
Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
-
Nota: Sila pastikan nombor part (A2215408262) sama dengan unit asal anda. Selepas pasang, digalakkan clear fault code guna scanner.
Soalan Lazim
Barang ni Plug and Play (PNP) atau kena coding?
Kalau nombor part sama sebiji, biasanya PNP. Cuma lepas pasang kena reset atau clear fault code lama dalam sistem ECU kereta.
Macam mana nak tahu sensor saya rosak atau module ni yang rosak?
Kalau sensor rosak, biasanya scanner akan bagitahu spesifik sensor mana (contoh: Front Left Inner). Kalau scanner tak boleh baca langsung sistem PTS atau dia kata "Control Unit Defective", itu masalah module ni.
Ada waranti tak kalau barang sampai tak function?
Ada bos. Kita bagi waranti untuk pastikan barang hidup. Syaratnya jangan short circuit masa pasang dan sticker waranti jangan koyak.
Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.
Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.
Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.
Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.
Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.
Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.
Alat Ganti Asal
Original Eropah Berkualiti
Penghantaran Pantas
Seluruh Negara