BMW X5 E70 X6 E71 Electronic Parking Brake EPB Actuator dengan Kabel 34436850289 - Alat Ganti Terpakai Asli
RM 1,000
Keadaan: Terpakai (Asli)Ringkasan Pantas
- BMW X5 E70 X6 E71 Electronic Parking Brake EPB Actuator dengan Kabel 34436850289 - Alat Ganti Terpakai Asli
- Nombor part: 34436850289 / 34436796072 / 34436788611 / 34436785487 / 34436782205
- Sesuai untuk: BMW E70 X5, BMW E71 X6 · sahkan dengan nombor casis sebelum order
- Terpakai (Asli) · telah diuji
- RM 1,000 · harga muktamad melalui WhatsApp
- M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia
BMW X5 E70 X6 E71 Electronic Parking Brake EPB Actuator with Cables (Original Terpakai)
Diagnosis dan Simptom Kerosakan
Masalah EPB ni memang penyakit biasa untuk model X5 E70 dan X6 E71. Antara tanda unit ni dah mula kong ialah:
- Lampu amaran "Parking Brake Malfunction" keluar warna kuning atau merah kat dashboard.
- Keluar bunyi bunyi kasar (grinding noise) masa punat handbrake ditarik atau dilepaskan.
- Handbrake terus jammed, tayar tak boleh pusing atau kereta tak boleh gerak.
- Bila cucuk scanner, keluar kod error 600D, 600E atau EMF internal fault.
- Button handbrake tak respon langsung walaupun dah tekan banyak kali.
Pengenalan
Barang ini adalah unit Electronic Parking Brake (EPB) original dari kereta halfcut luar negara. Kita pilih unit yang datang dari kereta mileage rendah untuk pastikan jangka hayat motor dan gear dalaman masih panjang. Ini bukan barang refurbished yang dibaik pulih secara luaran sahaja, tapi unit original BMW yang belum pernah dibuka. Kualiti barang original terpakai jauh lebih stabil berbanding barang baru yang tidak berkualiti di pasaran.
Maklumat Produk
- Jenama: BMW Original
- Model: X5 E70 / X6 E71
- Nama Alat: Electronic Parking Brake EPB Actuator with Cables
- Part Number: 34436850289
- Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
- Nota: Wajib buat proses "Initialization" dan "Coding" menggunakan scanner (seperti Autel, Launch atau ICOM) selepas pemasangan supaya sistem kereta dapat kenal pasti unit baru.
Soalan Lazim
Kenapa saya patut beli barang halfcut berbanding barang baru yang harga lebih kurang sama?
Barang baru yang harga terlalu murah biasanya bukan original dan komponen gear di dalamnya cepat pecah. Barang original terpakai (halfcut) menggunakan material gred tinggi yang lebih tahan lasak untuk jangka masa panjang.
Adakah unit ini datang sekali dengan kabel handbrake?
Ya, unit ini lengkap dengan kabel kiri dan kanan. Anda tidak perlu pindahkan kabel lama yang mungkin sudah berkarat atau terkoyak sarungnya.
Kalau pasang terus tanpa coding, adakah ia akan berfungsi?
Secara mekanikal mungkin ia boleh tarik, tapi lampu amaran di dashboard tidak akan padam dan sistem "Auto Hold" mungkin tidak berfungsi dengan sempurna sehingga coding dilakukan.
Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.
Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.
Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.
Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.
Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.
Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.
Alat Ganti Asal
Original Eropah Berkualiti
Penghantaran Pantas
Seluruh Negara