BMW F30 N20 318i 320i Kompresor Hawa Dingin/ Pam Aircond dengan Magnet 64529216466 - Alat Ganti Kereta Terpakai Asli
RM 550
Keadaan: Terpakai (Asli)Ringkasan Pantas
- BMW F30 N20 318i 320i Kompresor Hawa Dingin/ Pam Aircond dengan Magnet 64529216466 - Alat Ganti Kereta Terpakai Asli
- Nombor part: 64529399059 / 64529216466 / 64529216467
- Sesuai untuk: BMW F30 3 Series, BMW F10 5 Series, BMW E84 X1, BMW F25 X3 · sahkan dengan nombor casis sebelum order
- Terpakai (Asli) · telah diuji
- RM 550 · harga muktamad melalui WhatsApp
- M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia
BMW F30 318i 320i N20 Kompressor Aircond / Pam Aircond Original Terpakai
Diagnosis dan Simptom Kerosakan
Biasanya kalau compressor BMW F30 sudah mula kong, owner akan perasan aircond jadi sejuk-sejuk ayam atau terus keluar angin panas. Antara tanda-tanda lain yang pomen selalu jumpa:
- Ada bunyi kasar atau berdesing (metal-to-metal) dari kawasan enjin bila aircond dihidupkan.
- Magnet clutch tidak "lekat" atau tidak berpusing walaupun arus elektrik sampai.
- Tekanan gas (pressure) tidak naik bila check guna manifold gauge.
- Komputer diagnostik mungkin naik error berkaitan A/C Compressor Valve atau pressure sensor.
- Aircond sejuk masa kereta jalan laju, tapi jadi panas bila berhenti di lampu isyarat (idle).
Pengenalan
Barang ini adalah unit Original BMW yang dicabut terus dari kereta halfcut luar negara. Keadaan barang masih sangat cantik dan mileage rendah, jauh lebih tahan berbanding barang murah yang tidak berkualiti. Ini adalah jenis compressor dengan magnet clutch (With Magnet) khusus untuk model F30 enjin N20.
Maklumat Produk
-
Jenama: BMW
-
Model: F30 318i / 320i (Enjin N20)
-
Nama Alat: Air Conditioning Compressor / Aircond Pump with Magnet
-
Part Number: 64529216466
-
Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
-
Nota: Pastikan sistem aircond dilakukan "flushing" dan tukar filter drier baru sebelum pasang compressor ini bagi memastikan jangka hayat yang panjang. Unit ini adalah jenis magnet clutch, tiada coding rumit diperlukan.
Soalan Lazim
Adakah barang ini barang recond?
Bukan. Ini barang original halfcut (used), kualiti besi dan komponen dalaman jauh lebih baik daripada barang recond atau barang tiruan.
Berapa lama waranti yang diberikan?
Kita bagi waranti selama 30 hari. Jika ada masalah bunyi atau tidak sejuk, boleh buat pertukaran unit.
Adakah compressor ini sudah siap dengan minyak?
Minyak asal ada di dalam, tapi kami sarankan pomen anda buang minyak lama dan masukkan minyak compressor baru (PAG oil) mengikut sukatan spesifikasi BMW untuk hasil terbaik.
Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.
Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.
Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.
Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.
Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.
Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.
Alat Ganti Asal
Original Eropah Berkualiti
Penghantaran Pantas
Seluruh Negara