Panel Instrumen Meter BMW E36 62118370084 - Alat Ganti Asli Terpakai
RM 150
Keadaan: Terpakai (Asli)Ringkasan Pantas
- Panel Instrumen Meter BMW E36 62118370084 - Alat Ganti Asli Terpakai
- Nombor part: 62118370084 / 008.630/031 / 60889244 / S10333420I
- Sesuai untuk: BMW E36 3 Series · sahkan dengan nombor casis sebelum order
- Terpakai (Asli) · telah diuji
- RM 150 · harga muktamad melalui WhatsApp
- M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia
Diagnosis dan Simptom Kerosakan
Masalah biasa untuk model E36 bila meter dah berusia adalah pixel pada display mileage jadi putus-putus atau hilang terus ("dead pixel"). Ada juga kes jarum speedometer atau RPM tak naik, duduk diam saja walaupun kereta bergerak. Kadang-kadang jarum minyak (fuel gauge) dan temperature main gila, kejap naik kejap turun. Kalau lampu backlight papan meter malap atau mati, susah nak tengok waktu malam. Paling teruk kalau litar dalam dah "short", meter mati terus tak ada power.
Pengenalan
Ini barang original cabut dari kereta halfcut, bukan barang repair atau recond cap ayam. Kita pilih dari unit yang mileage rendah supaya condition papan litar (PCB) dan gear jarum dalam masih tiptop. Barang memang Original BMW (Genuine), kualiti papan litar dan ketahanan jauh lebih padu berbanding barang elektronik murah.
Maklumat Produk
-
Jenama: BMW (Original)
-
Model: E36 (3 Series)
-
Nama Alat: Instrument Cluster / Panel Meter
-
Part Number: 62118370084
-
Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
-
Nota: Sila pastikan part number sama. Mungkin perlu coding coding sikit untuk "coding plug" belakang meter jika tukar dari 4 silinder ke 6 silinder atau sebaliknya untuk bacaan RPM yang tepat.
Soalan Lazim
Adakah meter ini Plug and Play (PNP) untuk semua E36?
Kena semak part number 62118370084. Walaupun soket sama, beza pada coding plug untuk jenis enjin (4 pot atau 6 pot). Kalau lain, kena swap coding plug lama anda.
Display pixel ada yang putus tak?
Sebelum buka dan iklankan, pomen kami dah test power on. Pixel display semua terang dan penuh, tiada putus.
Kalau pasang jarum tak naik macam mana?
Kami bagi waranti. Tapi pastikan speed sensor dekat axle belakang kereta tuan elok dulu, sebab kadang-kadang sensor rosak, meter yang disalahkan.
Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.
Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.
Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.
Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.
Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.
Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.
Alat Ganti Asal
Original Eropah Berkualiti
Penghantaran Pantas
Seluruh Negara