1/3
BMW

BMW E36 E34 Z3 Modul Kawalan Wiper Washer 61358359031 - Alat Ganti Asli Terpakai

RM 250

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • BMW E36 E34 Z3 Modul Kawalan Wiper Washer 61358359031 - Alat Ganti Asli Terpakai
  • Nombor part: 61358359031 / 61.35-8 / 359 / 031 / 711370
  • Sesuai untuk: BMW E34 5 Series, BMW E36 3 Series, BMW Z3 · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 250 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Kalau wiper kereta korang buat hal, kejap jalan kejap berhenti, atau terus mati tak nak gerak, besar kemungkinan module ni dah "kong". Simptom paling biasa untuk E36 dan E34 ialah fungsi intermittent (speed paling slow) tak jalan, atau wiper jadi "gila" jalan sendiri tanpa on switch. Ada juga kes bila tarik lever nak pancut air washer, pump tak jalan walaupun fuse dan pump elok. Kalau relay dah check okay tapi masalah sama berulang, confirm module Wi-Wa ni dah rosak litar dalaman dia.

Pengenalan

Barang ini kita ambil terus dari kereta halfcut luar negara, condition papan litar (PCB) dalam masih cantik dan bersih. Ini adalah barang Original BMW, kualiti jauh beza dengan barang aftermarket biasa. Kita faham kereta model E36, E34 dan Z3 ni dah berusia, jadi module original yang tahan lasak amat penting untuk pastikan sistem wiper berfungsi masa hujan lebat.

Maklumat Produk

  • Jenama: BMW (Siemens)

  • Model: Sesuai untuk E36 (3 Series), E34 (5 Series), Z3

  • Nama Alat: Wiper Washer Control Module (Wi-Wa Low II)

  • Part Number: 6135 8 359 031

  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)

  • Nota: Sila pastikan nombor part sama sebiji 61358359031 sebelum beli. Model ini biasanya Plug & Play (PnP), tak perlu coding complicated.

Soalan Lazim

Barang ni kena coding ke lepas pasang?

Untuk model E36 dan E34 biasanya tak perlu coding. Cucuk soket terus jalan (Plug and Play), janji part number sama.

Kalau nombor part saya lain sikit hujung dia, boleh pakai tak?

Tak digalakkan. BMW ada banyak version module wiper (Low, High, SRA). Sila check nombor pada module asal kereta tuan untuk elak function tak jalan.

Macam mana nak tahu module ni elok lagi?

Kita dah test continuity dan check visual pada board untuk pastikan tiada kesan terbakar atau water damage sebelum jual.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara