1/5
PORSCHE

Panel Kawalan Iklim Porsche Cayenne 957 - Alat Ganti Asli Terpakai

RM 400

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • Panel Kawalan Iklim Porsche Cayenne 957 - Alat Ganti Asli Terpakai
  • Nombor part: 7L5907040AF
  • Sesuai untuk: Porsche Cayenne 957 · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 400 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Bila cucuk scanner PIWIS keluar kod U0164 (Lost Communication with HVAC Control Module) atau kod sangkut kat Defroster Flap Motor. Simptom paling biasa untuk Cayenne 957 ni, aircond tiba-tiba keluar angin panas sebelah, blower jalan memekak tapi angin tak keluar kat vent, atau skrin kat panel tu terus gelap dan kelip-kelip. Kadang-kadang tekan butang air circulation langsung takde respon sebab board dalam panel tu dah short atau ic dah kong.

Pengenalan

Barang halfcut direct dari Jepun, mileage kereta asal memang rendah lagi. Ini barang original Porsche, bukan barang ganti cap ayam yang butang cepat keras tu. Kita dah siap test fungsi suis dan pusingan knob semua jalan lancar takde sangkut-sangkut.

Maklumat Produk

  • Jenama: Porsche

  • Model: Cayenne 957

  • Nama Alat: Panel Kawalan Iklim (Climate Control)

  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)

  • Nota: Lepas pasang, wajib masuk scanner PIWIS untuk buat flap motor calibration dan clear fault code lama supaya angin aircond keluar ikut lubang yang betul.

Soalan Lazim

Boleh masuk plug and play terus ke kat kereta saya?

Soket belakang memang plug and play tak payah potong wayar, tapi kena buat basic setting pakai scanner lepas pasang untuk sync dengan sistem kereta.

Panel ni boleh pakai kat Cayenne 955 tak?

Soket dia nampak lebih kurang sama tapi communication canbus berbeza. Baik pakai ngam-ngam untuk model 957 elak pening kepala.

Butang kat panel ni ada masalah melekit tak?

Kita dah pilih siap-siap barang halfcut yang cantik. Isu butang cair atau melekit tu takde, condition cun untuk pakai lama.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara