Porsche 957 Cayenne 3.6L Badan Pendikit - Terpakai Alat Ganti Asli
RM 800
Keadaan: Terpakai (Asli)Ringkasan Pantas
- Porsche 957 Cayenne 3.6L Badan Pendikit - Terpakai Alat Ganti Asli
- Nombor part: 99760511501
- Sesuai untuk: Porsche Cayenne 957, Porsche Cayenne 958 · sahkan dengan nombor casis sebelum order
- Terpakai (Asli) · telah diuji
- RM 800 · harga muktamad melalui WhatsApp
- M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia
Diagnosis dan Simptom Kerosakan
- Lampu check engine menyala, kadang-kadang lampu PSM (Porsche Stability Management) pun ikut sekali.
- Bila scan, keluar kod DTC macam P0121, P2135, atau kod lain berkaitan "Throttle Actuator Control".
- Masa idling, enjin gegar, RPM tak stabil (turun naik).
- Tekan minyak rasa lambat respon, enjin semput atau 'misfire' masa nak pecut.
- Paling teruk, enjin boleh mati tiba-tiba masa tengah jalan atau kereta masuk 'limp mode' (kuasa enjin dikurangkan).
Pengenalan
Badan pendikit original untuk Porsche Cayenne 957 enjin 3.6L. Barang halfcut dari Jepun, mileage confirm rendah. Ini barang original Porsche, bukan barang baru Taiwan atau China. Setiap unit dah kami periksa dan test fungsi sepenuhnya sebelum jual.
Maklumat Produk
- Jenama: Porsche
- Model: Cayenne 957 (3.6L V6)
- Nama Alat: Badan Pendikit (Throttle Body)
- Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
- Nota: Lepas pasang, WAJIB buat 'throttle body adaptation' atau 'reset' guna scanner. Kalau tak buat, RPM mungkin tak stabil.
Soalan Lazim
Barang ni ngam tak untuk Cayenne S V8?
Tak ngam. Ini khas untuk enjin 3.6L V6 sahaja. Bentuk dan part number lain.
Boleh pasang sendiri (DIY) ke?
Boleh kalau ada alat dan scanner yang sesuai. Tapi kami sarankan hantar ke pomen yang biasa buat Porsche sebab kena buat 'adaptation' lepas pasang.
Kalau pasang-pasang tak hidup, ada waranti?
Ada. Kami bagi waranti 30 hari untuk kerosakan fungsi. Bukan sebab silap pasang atau salah model. Sila rujuk pomen dulu sebelum beli.
Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.
Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.
Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.
Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.
Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.
Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.
Alat Ganti Asal
Original Eropah Berkualiti
Penghantaran Pantas
Seluruh Negara