1/3
MINI

Mini Cooper R56 R60 FRM3R Modul Lampu Ruang Kaki 6135 3457429-01 - Alat Ganti Asli Terpakai

RM 700

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • Mini Cooper R56 R60 FRM3R Modul Lampu Ruang Kaki 6135 3457429-01 - Alat Ganti Asli Terpakai
  • Nombor part: 6135 3457429
  • Sesuai untuk: MINI R56, MINI Countryman R60 · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 700 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Mini Cooper R56 R60 FRM3R Footwell Light Module Original Terpakai

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Biasanya kalau FRM3R ni sudah mula "kong" atau corrupt, kereta akan tunjuk simptom pelik. Paling kerap jadi lepas korang tukar bateri atau "jump start" kereta. Antara tanda kerosakan:

  • Lampu depan (headlight) menyala terus, tak boleh tutup walaupun enjin mati.
  • Power window kiri kanan langsung tak berfungsi, jem terus.
  • Lampu signal (indicator) dan lampu kecemasan tak menyala dekat dashboard atau luar.
  • Lampu dalam kabin (interior light) mati total.
  • Keluar error "Lighting System! Stop carefully" dekat skrin iDrive.
  • Check guna scanner keluar kod "FRM No Communication" atau internal fault.

Pengenalan

Barang ini adalah unit Original BMW Mini yang dicabut terus dari kereta halfcut (low mileage). Kualiti komponen asal kilang jauh lebih tahan lasak berbanding barang tiruan yang cepat panas. Unit ini sudah diuji sepenuhnya sebelum dibuka untuk pastikan semua litar dalam keadaan mantap dan tiada kesan terbakar atau masuk air.

Maklumat Produk

  • Jenama: BMW Mini (Original)
  • Model: Mini Cooper R55, R56, R57, R58, R59, R60 Countryman, R61 Paceman
  • Nama Alat: FRM3R Footwell Light Module
  • Nombor Part: 6135 3457429-01
  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
  • Nota: Barang ini perlu dilakukan "Programming" dan "Coding" mengikut VIN kereta anda supaya semua fungsi (seperti cermin sisi lipat atau jenis lampu) berfungsi dengan betul.

Soalan Lazim

Adakah barang ini "Plug and Play"?

Tidak. Untuk semua modul FRM Mini Cooper, korang kena buat coding balik guna software macam ISTA atau NCS Expert supaya dia kenal spec kereta korang.

Kalau pasang tapi tingkap tetap tak jalan, boleh tukar ke?

Boleh, kita ada bagi waranti. Tapi pastikan wiring kereta korang tak ada short circuit dulu sebelum pasang unit baru ni.

Barang ni dari kereta potong mana?

Kita ambil dari unit halfcut Jepun atau UK, kualiti board dalam memang masih cantik dan bersih, bukan barang repair dari kedai tempatan.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara

Part ini berkaitan dengan kod rosak berikut