Mercedes-Benz W211 Steering Column Control Module - Alat Ganti Asli Terpakai
RM 450
Keadaan: Terpakai (Asli)Ringkasan Pantas
- Mercedes-Benz W211 Steering Column Control Module - Alat Ganti Asli Terpakai
- Nombor part: A0295452932
- Sesuai untuk: Mercedes E-Class W211 · sahkan dengan nombor casis sebelum order
- Terpakai (Asli) · telah diuji
- RM 450 · harga muktamad melalui WhatsApp
- M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia
Diagnosis dan Simptom Kerosakan
Kalau ikut pengalaman kami dekat bengkel, Steering Column Module (SCM) atau N80 ni memang antara masalah biasa untuk chassis W211. Punca utama selalunya datang dari Steering Angle Sensor (SAS) dia yang dah problem. SAS ni penting gila untuk sistem ESP dengan ABS kereta. Satu lagi, masalah clock spring (atau spiral contact) dia rosak, yang ni boleh putuskan sambungan airbag driver dengan butang-butang dekat stereng.
Antara 'Error Message' Yang Selalu Keluar Dekat Meter:
- "ESP Malfunction - Visit Workshop!"
- "ABS Malfunction - Visit Workshop!"
- Lampu Amaran SRS / Airbag menyala
Simptom-simptom Yang Boleh Kita Perasan:
- Butang-butang dekat stereng (volume, menu, telefon) tak berfungsi.
- Hon tak boleh bunyi.
- Signal tak automatik padam lepas belok, atau batang signal rasa longgar.
- Cruise control (Tempomat) atau Speedtronic limiter tak boleh diaktifkan.
'Diagnostic Trouble Codes' (DTCs) Yang Selalu Keluar Bila Scan Guna STAR Diagnosis/Xentry:
C1172atau kod-kod lain yang berkaitan dengan N49 (Steering Angle Sensor) tak berapa betul ('plausibility') atau masalah dalaman.9346- Nilai rintangan ('resistance') litar penyalaan yang ada komponen R12/13 (Driver airbag ignition squib 1) terlalu tinggi.9041- Unit kawalan N80 (Steering column module) rosak.
Pengenalan
Pulihkan balik fungsi-fungsi penting kereta abang dengan Steering Column Module Original Mercedes-Benz ni. Unit ni kami dah buka elok-elok dari kereta 'donor' (halfcut) dan dah siap uji ('bench test') semua fungsi dia, dari CAN bus sampai la ke bacaan Steering Angle Sensor. Kira alternatif yang boleh dipercayai dan jimat kos banding beli baru, dan memang confirm ngam sebab barang original. Fitment dan keserasian elektronik memang tak ada tandinglah barang original.
Maklumat Produk
- Jenama: Mercedes-Benz
- Keserasian Model: W211 E-Class (E200, E220, E270, E320, E500, E55 AMG, dll. - Penting untuk pastikan nombor 'part' sama sebijik).
- Nama Bahagian: Steering Column Control Module (SCM) / N80 / Clock Spring & Batang Signal/Wiper (Stalk Assembly)
- Kondisi: Halfcut Original (Dah Uji, Berfungsi)
- Nota: Ini adalah set lengkap, termasuk modul, clock spring, dan semua batang kawalan (indicator/wiper/cruise control). Steering Angle Sensor dia perlukan 'calibration' (atau 'initialization') guna alat diagnostik (macam STAR/Xentry) lepas pasang nanti. Tolong sahkan nombor 'part' asal kereta abang sama sebijik sebelum beli ya.
Soalan Lazim
Apa tanda-tanda SCM ni dah rosak?
Tanda paling senang nak perasan ialah amaran ESP/ABS keluar dekat meter, lampu SRS/airbag menyala, dan butang stereng, hon, atau cruise control dah tak function.
Barang ni kena 'coding' ke?
Ya. Paling-paling pun, Steering Angle Sensor (SAS) dia kena buat 'calibration' atau 'initialization' dekat kereta abang guna sistem diagnostik yang sesuai. Bergantung pada setup kereta, mungkin kena buat 'SCN coding' penuh jugak untuk pastikan semua fungsi jalan elok.
Barang ni original ke?
Ya, ini barang original Mercedes-Benz yang kami ambil dari kereta halfcut. Bukan barang tiruan atau 'aftermarket'. Jadi kualiti material, 'fitment', dan tindak balas elektronik memang dijamin macam original.
Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.
Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.
Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.
Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.
Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.
Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.
Alat Ganti Asal
Original Eropah Berkualiti
Penghantaran Pantas
Seluruh Negara