1/3
MERCEDES BENZ

Mercedes-Benz W203 Modul Tuas Pemilih Gear Transmisi Automatik A2032670224 - Terpakai Alat Ganti Asli

RM 550

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • Mercedes-Benz W203 Modul Tuas Pemilih Gear Transmisi Automatik A2032670224 - Terpakai Alat Ganti Asli
  • Nombor part: A2032670224 / 2032670224
  • Sesuai untuk: Mercedes Benz C-Class W203 · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 550 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Dari segi diagnosis, kalau Modul Gear Selector W203 (GSM) atau orang panggil Electronic Shifter Module (ESM) ni rosak, simptom dia memang jelas. Masalah utama, tak boleh alih gear dari Park (P). Selalunya sebab satu mekanisme plastik kecil kat dalam tu dah patah atau buat hal. Secara elektronik pula, modul ni mungkin tak boleh communicate posisi gear dia dengan Transmission Control Unit (TCU) kereta, jadi kat meter display gear tu tunjuk sengkang (-) je, bukan P, R, N, D.

Bila komunikasi ni sangkut, kereta akan masuk limp mode, gearbox akan sangkut kat satu gear je (biasanya gear 2) sebagai failsafe. Kalau scan guna diagnostic tool, selalunya akan jumpa fault code dalam TCU macam P1856 - Selector Lever Position Detection Faulty atau P240C - The selector lever position sent from component N15/5 (Electronic selector lever module control unit) via the CAN bus is implausible. Code-code ni confirm memang ada masalah kat dalam modul shifter tu sendiri, jadi kena tukar baru la.

Pengenalan

Ni Modul Shifter Gear Original Mercedes-Benz yang kami buka elok-elok dari kereta W203 C-Class halfcut. Setiap unit kami dah bench-test betul-betul dan mekanik kami dah check, confirm semua fungsi mekanikal dengan elektronik dia jalan elok macam keluar kilang. Kalau pilih barang original terpakai yang dah test ni, memang berbaloi dan jimat kos untuk pulihkan semula performance gear kereta tuan/puan, tak payah la keluar duit banyak beli barang baru dari dealer.

Maklumat Produk

  • Brand: Mercedes-Benz
  • Model Compatibility: W203 C-Class (Anggaran tahun 2001-2007, termasuk C230, C240, C280, C320). Tolong pastikan part number A2032670224 ni sama dengan unit asal kereta tuan/puan.
  • Part Name: Automatic Transmission Gear Selector Lever Module (ESM)
  • Condition: Original Terpakai (Dah Test, Berfungsi Baik)
  • Notes: Unit ni dah kami check betul-betul, tak ada masalah tab plastik interlock yang selalu patah tu; bahagian ni elok lagi. Walaupun selalunya boleh terus pasang (plug-and-play), kadang-kadang ada certain configuration kereta yang mungkin perlukan simple variant coding guna diagnostic tool yang sesuai (contohnya STAR/Xentry) untuk pastikan dia ngam sepenuhnya.

Soalan Lazim

Simptom apa yang tunjuk modul ni rosak?

Simptom paling biasa adalah lever gear sangkut kat Park, indicator gear kat dashboard tunjuk sengkang (-) atau tak tunjuk apa-apa, kereta masuk limp mode, dan ada fault code P1856 dalam sistem.

Kena buat coding tak?

Kebanyakan kes, barang ni plug-and-play je. Tapi, bergantung pada equipment kereta dan software version tuan/puan, kadang-kadang mungkin perlukan SCN/variant coding untuk synchronize dengan central gateway dan TCU kereta.

Ni barang original ke?

Ya, ini 100% barang Original Mercedes-Benz yang kami buka dari kereta. Bukan barang aftermarket atau copy ori.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara