Jaguar X200 X250 X350 Motor Penghidup Enjin - Alat Ganti Asli Terpakai
RM 350
Keadaan: Terpakai (Asli)Ringkasan Pantas
- Jaguar X200 X250 X350 Motor Penghidup Enjin - Alat Ganti Asli Terpakai
- Sesuai untuk: Jaguar XF X250 · sahkan dengan nombor casis sebelum order
- Terpakai (Asli) · telah diuji
- RM 350 · harga muktamad melalui WhatsApp
- M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia
Diagnosis dan Simptom Kerosakan
Masalah utama bila starter mula nak kong, pusing kunci atau tekan button start bunyi "ktak ktak" sahaja tapi enjin tak pusing. Kadang-kadang crank jadi berat (slow crank) macam bateri lemah walaupun bateri baru tukar. Ada juga kes simptom sekejap okay sekejap tak (intermittent), bila enjin panas susah nak hidup, bila sejuk senang pula. Kalau check api sampai ke terminal tapi starter tak tendang, selalunya solenoid dah jam atau carbon brush dalam dah habis. Jangan biasakan ketuk starter body, magnet dalam boleh pecah.
Pengenalan
Ini adalah starter motor original cabut dari kereta halfcut (CKD). Kondisi barang masih mantap sebab mileage kereta penderma rendah, bukan barang recond atau barang repair semula. Kita bawa masuk barang Original Jaguar, kualiti armature dan copper winding jauh lebih tahan lama berbanding barang baru jenama cap ayam. Sesuai untuk ganti starter lama yang dah lemah atau short body.
Maklumat Produk
-
Jenama: Jaguar / Denso (Original Halfcut)
-
Model: Jaguar S-Type (X200), XF (X250), XJ (X350)
-
Nama Alat: Engine Starter Motor
-
Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
-
Nota: Sila pastikan jumlah gigi (teeth count) dan posisi mounting sama dengan asal. Tak perlu coding, pasang terus jalan (PNP).
Soalan Lazim
Starter ini sesuai untuk enjin diesel atau petrol?
Jaguar ada variasi enjin V6 dan V8 petrol serta diesel. Sila bagi nombor chassis atau gambar sample lama untuk kami padankan spec yang betul.
Perlu buat apa-apa setting lepas pasang?
Tak perlu. Starter motor model ni mekanikal dan elektrikal direct. Pasang, ikat wayar live dan signal, terus boleh start.
Ada jaminan kalau barang sampai tak boleh pakai?
Ada. Kita bagi waranti cover kalau starter slip, kosong, atau tak ada power.
Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.
Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.
Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.
Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.
Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.
Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.
Alat Ganti Asal
Original Eropah Berkualiti
Penghantaran Pantas
Seluruh Negara