Peredam Getaran Flywheel Hybrid BMW F15 - Alat Ganti Asli Terpakai
RM 1,200
Keadaan: Terpakai (Asli)Ringkasan Pantas
- Peredam Getaran Flywheel Hybrid BMW F15 - Alat Ganti Asli Terpakai
- Nombor part: 8681723-02
- Sesuai untuk: BMW X5 F15 40e, BMW F30 330e · sahkan dengan nombor casis sebelum order
- Terpakai (Asli) · telah diuji
- RM 1,200 · harga muktamad melalui WhatsApp
- M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia
Diagnosis dan Simptom Kerosakan
Kalau kereta BMW X5 F15 Hybrid boss dah mula rasa gegar semacam masa enjin hidup atau masa sistem bertukar dari bateri ke enjin petrol (transition tersentap), ini tanda flywheel vibration damper dah mula kong. Kadang-kadang akan dengar bunyi besi berlaga atau 'clunking' kasar dari area bell housing gearbox. Dekat skrin iDrive confirm akan naik amaran "Drivetrain Malfunction". Kalau pomen scan guna ISTA, biasa akan sangkut kod error berkaitan rotor position, engine speed, atau gegaran luar biasa. Benda ni kalau biar lama memang boleh jahanamkan bearing gearbox dan crankshaft enjin boss.
Pengenalan
Ini barang halfcut condition tiptop, dibawa masuk dengan mileage yang masih rendah. Kita tak main barang tiruan, ini memang original BMW yang dicabut terus dari enjin asal. Getah penyerap hentakan (damper) semua masih pejal dan langsung takde tanda merekah. Pomen kita sendiri dah buat visual inspection dan test pusing, memang cun dan tak gelong.
Maklumat Produk
- Jenama: BMW
- Model: X5 F15 (Hybrid / xDrive40e)
- Nama Alat: Peredam Getaran Flywheel Hybrid (Hybrid Flywheel Vibration Damper)
- Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
- Nota: Pemasangan wajib buat alignment yang betul antara crankshaft dan rotor hybrid. Lepas siap pasang, pomen perlu buat reset adaptation guna software ISTA supaya sistem hybrid dan enjin boleh sinkron dengan ngam.
Soalan Lazim
Boleh pasang kat BMW F15 enjin diesel atau petrol biasa tak?
Tak boleh boss. Damper ni khas untuk model F15 hybrid (PHEV) sahaja sebab design dia berbeza untuk cantum dengan motor elektrik hybrid dalam gearbox.
Macam mana nak tahu getah damper ni masih elok dan tak reput?
Pomen kita dah check fizikal depan belakang sebelum simpan stok. Getah dia takde merekah, tak keras kejung, dan tension spring dia masih padat bila kita test kilas.
Lepas pasang kena buat coding tak?
Tak perlu coding untuk module, tapi pomen wajib buat reset adaptation untuk gearbox dan sistem hybrid. Kalau tak buat, masuk gear atau masa enjin petrol masuk campur nanti kereta rasa menyentap.
Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.
Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.
Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.
Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.
Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.
Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.
Alat Ganti Asal
Original Eropah Berkualiti
Penghantaran Pantas
Seluruh Negara