Modul Balast Lampu Depan BMW F01 F02 TMS - Alat Ganti Asli Terpakai
RM 450
Keadaan: Terpakai (Asli)Ringkasan Pantas
- Modul Balast Lampu Depan BMW F01 F02 TMS - Alat Ganti Asli Terpakai
- Nombor part: 7207284-04
- Sesuai untuk: BMW F02 7 Series, BMW F01 7 Series · sahkan dengan nombor casis sebelum order
- Terpakai (Asli) · telah diuji
- RM 450 · harga muktamad melalui WhatsApp
- M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia
Diagnosis dan Simptom Kerosakan
Bila modul TMS ni dah kong, masalah paling biasa akan keluar warning 'Adaptive Headlight Failure' atau 'Lighting System Stop Carefully' kat skrin iDrive dan meter. Simptom fizikal yang selalu jadi, ring light atau angel eye terus mati sebelah. Kadang-kadang lampu utama (low beam) mula kelip-kelip macam disco lepas tu terus gelap gelita. Punca utama benda ni selalu jalan dulu adalah sebab masuk air dari seal cover belakang lampu yang dah reput. Kalau bengkel scan guna komputer (ISTA), biasa akan sangkut kod DTC 800FC8, 800FC9 atau ECU langsung tak dapat nak komunikasi dengan modul lampu.
Pengenalan
Ini adalah modul balast TMS lampu depan original cabut dari kereta halfcut luar negara. Mileage masa enjin dipotong memang masih rendah, jadi komponen dalaman papan litar masih cantik dan bebas dari sebarang kesan masuk air. Kami cuma jual barang original sebab ketahanan sistem elektronik dia jauh lebih tahan lama untuk pakai harian. Barang ni dah siap buka dan test voltage kat bengkel sebelum kami iklankan.
Maklumat Produk
-
Jenama: BMW
-
Model: 7 Series F01 F02
-
Nama Alat: Modul Balast Lampu Depan TMS
-
Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
-
Nota: Modul ini bukan jenis plug and play. Lepas pasang, wajib kena buat coding atau programming guna scanner bengkel (ISTA) supaya modul ni kenal dengan sistem kereta. Kalau tak coding, error takkan hilang.
Soalan Lazim
Modul ni boleh terus pasang dan nyala ke boss?
Tak boleh boss. Barang elektronik BMW macam modul TMS ni lepas pasang mesti kena buat coding. Kalau main sumbat je, lampu mungkin nyala separuh dan warning kat meter takkan padam.
Macam mana nak confirm modul ni yang rosak, bukan mentol atau wiring?
Paling senang, pomen kena swap modul kiri ke kanan dulu. Kalau masalah tu berpindah ikut modul, memang sah modul TMS ni dah kong. Boleh juga check soket pin, kalau ada hijau-hijau fungus tu maknanya dah kena air.
Barang ni confirm bebas dari air atau short circuit ke?
Ya, kita dah buka check semua pin connector. Memang bersih, takde kesan terbakar, takde karat dan takde short circuit.
Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.
Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.
Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.
Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.
Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.
Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.
Alat Ganti Asal
Original Eropah Berkualiti
Penghantaran Pantas
Seluruh Negara