1/2
BMW

Modul Kuasa Bateri BMW E65 E66 - Alat Ganti Asli Terpakai

RM 750

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • Modul Kuasa Bateri BMW E65 E66 - Alat Ganti Asli Terpakai
  • Sesuai untuk: BMW E65 7 Series · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 750 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Biasanya kalau Power Module (BPM) ni dah nak kong, kereta akan mula buat hal pelik. Antara simptom yang selalu kena pada model E65 E66:

  • Keluar amaran "Electronic Failure" atau "Battery Management" dekat skrin iDrive.
  • Bateri kereta cepat kong atau "drain" walaupun baru tukar bateri baru (leaking current).
  • Lampu dalam kereta berkelip-kelip atau sistem iDrive asyik restart sendiri.
  • Kereta susah nak start sebab voltan tak stabil.
  • Kod DTC yang berkaitan dengan Terminal 30, Power Module communication error, atau Quiescent current violation.
  • Barang ni kalau dah terbakar bau hangit dekat bahagian but belakang (sebelah bateri).

Pengenalan

Barang ini adalah Power Module original yang dicabut terus dari kereta halfcut (kebanyakannya dari Jepun). Kualiti komponen asal BMW jauh lebih tahan lasak berbanding barang tiruan. Komponen dalaman masih cantik dan sudah melalui pemeriksaan teknikal yang ketat. Sesuai untuk menggantikan modul lama anda yang sudah litar pintas atau rosak akibat air masuk.

Maklumat Produk

  • Jenama: BMW Original
  • Model: 7 Series E65 E66 (730i, 735i, 740i, 745i, 750i, 760i, Li)
  • Nama Alat: Battery Power Module / PM Module
  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)
  • Nota: Pemasangan memerlukan proses coding atau registration semula menggunakan scanner (ISTA/Autel) supaya modul dapat kenal pasti kapasiti bateri dan sistem alternator kereta anda.

Soalan Lazim

Adakah barang ini "Plug and Play"?

Secara fizikal memang PNP, tapi untuk sistem BMW E65 E66, anda wajib buat coding/programming semula supaya sistem pengurusan kuasa (power management) berfungsi dengan betul mengikut spesifikasi kereta.

Kalau pasang tapi masalah bateri kong tetap ada macam mana?

Pastikan alternator dan bateri anda dalam keadaan baik. Power Module bertindak sebagai pengurus tenaga, kalau punca asal adalah bateri yang sudah "dead cell", tukar modul tetap tidak akan selesai masalah.

Barang ini datang dari kereta tahun berapa?

Kita ambil dari model facelift dan pre-facelift yang mileage rendah dari gudang halfcut untuk pastikan jangka hayat komponen elektronik masih panjang.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara