Servis Kereta & Maintenance Berkala (Pakar Continental) | Minyak Hitam Original
Lampu "Service" dah menyala? Mencari bengkel pakar BMW & Mercedes yang jujur dan tak "ketuk" harga? Di M.S. Motor, kami tawarkan Servis Berkala (Scheduled Maintenance) kualiti SC dengan harga bengkel luar. Kami bukan sekadar tukar minyak hitam; kami buat Inspection Penuh, check tayar, brek, dan reset komputer kereta anda.
Pakej Servis Kami
- Servis Biasa (Minor): Tukar minyak hitam (Fully Synthetic) dan Oil Filter original. Siap sekali check aircond dan air wiper.
- Servis Major: Tukar Spark Plug, Air Filter, Cabin Filter (Aircond), dan minyak brek.
- Servis Gearbox: Tukar minyak gearbox (ATF) dan filter untuk pastikan gear masuk lancar.
Kenapa Pilih Kami?
- Barang Original: Kami tak main barang tiruan. Minyak hitam dan filter kami dijamin 100% original.
- Computer Scan Percuma: Setiap kali servis, kami akan cucuk komputer untuk scan kalau ada error code atau masalah sensor.
- Rekod Disimpan: Kami simpan rekod servis kereta anda dalam sistem kami. Senang nak pantau bila next servis.
Q: Berapa lama masa untuk servis kereta?
A: Servis biasa cuma ambil masa 45 minit ke 1 jam. Anda boleh tunggu di ruang menunggu kami yang selesa (ada WiFi & aircond).
Q: Minyak hitam apa yang M.S. Motor guna?
A: Kami menggunakan jenama terkemuka dan diiktiraf oleh BMW/Mercedes seperti Shell dan Mobile One.
👉 Klik di sini untuk WhatsApp kami bagi membuat temujanji
Perkhidmatan Lain