Car Insurance Renewal & Road Tax Service Allianz Authorized Agent KL
Servis

Pembaharuan & Polisi Insurans Kenderaan

Hubungi Sekarang

Soalan Lazim

Dokumen apa yang perlu untuk dapatkan sebut harga insurans kereta?

Anda cuma perlu bagi gambar kad pendaftaran kenderaan (Grant/Geran) atau nombor IC dan nombor plat kereta anda.

Ada servis penghantaran road tax?

Ada. Kami buat pembaharuan road tax dan hantar terus ke pintu rumah anda di seluruh kawasan Malaysia.

Kenapa pilih Ejen Sah Allianz?

Sebagai ejen sah, M.S. Motor pastikan anda dapat polisi asli, harga tepat dengan semakan NCD, dan bantuan terus untuk claim, tak sama macam platform online automatik.

Apa nombor hotline insurans kereta Allianz?

Hotline khidmat pelanggan rasmi Allianz Malaysia ialah 1-300-22-5542, buka Isnin hingga Jumaat, 9am–6pm. Untuk bantuan tepi jalan 24 jam atau bantuan kemalangan, hubungi Allianz Road Rangers di 1-800-22-5542. Sebagai Ejen Sah Allianz, M.S. Motor juga boleh uruskan pembaharuan dan claim anda terus: hubungi kami melalui butang WhatsApp di halaman ini.

Macam mana nak renew insurans kereta Allianz dan road tax di KL?

Hantar gambar kad pendaftaran kenderaan (Geran), atau nombor IC dan nombor plat anda, melalui butang WhatsApp di halaman ini. Kami semak NCD anda, bagi harga Allianz yang terbaik, dan keluarkan cover note dalam lebih kurang 10 minit. Lepas tu kami proses road tax melalui JPJ/MyEG dan hantar sticker fizikal terus ke pintu rumah anda di KL dan Selangor.

Dokumen apa yang saya perlu untuk renew insurans kereta?

Tak banyak. Cuma gambar jelas kad pendaftaran kenderaan (Geran), atau nombor IC dan nombor plat kereta anda sahaja. Dari situ kami boleh semak NCD anda dan sediakan sebut harga yang tepat. Tak payah isi borang panjang dan tak payah pergi JPJ sendiri.

Boleh renew road tax yang dah mati lebih setahun?

Boleh, tapi kereta kena buat pemeriksaan Puspakom dulu sebelum road tax boleh dibaharui. Hantar maklumat anda melalui butang WhatsApp di halaman ini, kami akan terangkan langkah-langkah tepat dan uruskan prosesnya untuk anda.