1/3
MERCEDES BENZ

Mercedes Benz W166 W204 W212 Modul Sensor Lampu Depan Cahaya Matahari A1669007101 – Alat Ganti Terpakai Asli

RM 250

Keadaan: Terpakai (Asli)

Ringkasan Pantas

  • Mercedes Benz W166 W204 W212 Modul Sensor Lampu Depan Cahaya Matahari A1669007101 – Alat Ganti Terpakai Asli
  • Nombor part: A1669007101
  • Sesuai untuk: Mercedes Benz W166 GLE-Class, Mercedes Benz W204 C-Class, Mercedes Benz W212 E-Class · sahkan dengan nombor casis sebelum order
  • Terpakai (Asli) · telah diuji
  • RM 250 · harga muktamad melalui WhatsApp
  • M.S. Motor · Kuala Lumpur, Malaysia · stok sedia

Mercedes Benz W166 W204 W212 Sunlight Headlight Sensor Module A1669007101 – Original Terpakai

Diagnosis dan Simptom Kerosakan

Masalah paling biasa kalau sensor ni dah kong adalah sistem "Auto Light" jadi gila. Tengah tengah tengah hari buta, lampu depan tiba-tiba menyala sendiri. Dekat dashboard pula akan keluar warning "Auto Light Inoperative". Kalau check guna scanner Star Diagnosis atau Xentry, dia akan keluar kod DTC signal sensor missing atau faulty. Kadang-kadang wiper pun jadi tak menentu kalau sensor ni dah mula short sebab dia duduk sekali dekat kawasan cermin depan.

Pengenalan

Barang ini adalah unit original halfcut yang dicabut dari kereta luar negara dengan mileage yang masih rendah. Ini bukan barang tiruan, tapi barang original Mercedes Benz yang memang kualiti dia jauh lebih tahan lasak. Kita dah buat QC check untuk pastikan sensor ni masih detect cahaya dengan tepat sebelum masuk stor.

Maklumat Produk

  • Jenama: Mercedes Benz

  • Model: W166 (M-Class), W204 (C-Class), W212 (E-Class)

  • Nama Alat: Sunlight / Headlight / Rain Sensor Module

  • No Part: A1669007101

  • Keadaan: Original Terpakai (Sudah Test)

  • Nota: Selepas pemasangan, anda wajib clear error code lama guna scanner. Kalau sistem masih tak detect, mungkin perlukan sedikit "coding" atau "initialization" semula supaya module SAM dapat kenal sensor baru ni.

Soalan Lazim

Barang ni betul ke original Mercedes?

Ya, ini barang original halfcut. Kita tak main barang copy atau barang murah yang cepat rosak.

Kenapa lampu saya masih menyala walaupun dah tukar sensor ni?

Pastikan permukaan cermin depan bersih dan tiada tint yang terlalu gelap tutup kawasan sensor. Lepas tukar, kena guna scanner untuk "reset" balik sistem supaya error code lama hilang.

Plug and play ke atau kena hantar bengkel?

Fizikal memang plug and play, tapi sangat digalakkan hantar ke bengkel yang ada software Mercedes untuk pastikan sensor ni sync balik dengan sistem kereta.

Harga part tidak termasuk pemasangan. Workshop kami boleh pasang untuk anda, caj labour dikira berasingan dan disahkan dengan anda sebelum kerja bermula.

Kami tidak dapat diagnose kereta anda melalui WhatsApp atau gambar. Tidak pasti part ini dapat selesaikan masalah kereta anda? Datang untuk pemeriksaan di workshop kami, caj diagnosis RM180. Jika anda teruskan pembaikan dengan part kami, RM180 ini ditolak daripada caj labour. Jika anda memutuskan untuk tidak membaiki, hanya RM180 dikenakan.

Semua part diuji dan dijamin berfungsi. Sama ada part itu menyelesaikan masalah kereta anda hanya dapat disahkan melalui diagnosis.

Penghantaran: dari Kuala Lumpur, Semenanjung ~RM50, Sabah/Sarawak ~RM80 (anggaran, sahkan melalui WhatsApp). 1-2 hari bekerja, bungkusan anti-static yang kemas.

Waranti: tukaran 30 hari untuk control unit, enjin, gearbox dan part besar yang lain; 14 hari untuk part kecil. Tuntutan perlu bukti pemasangan oleh workshop bertauliah. Tiada waranti jika part dibuka, diubah suai, atau rosak akibat pemasangan yang salah.

Harga berubah ikut stok dan keadaan part. Harga muktamad melalui WhatsApp.

Alat Ganti Asal

Original Eropah Berkualiti

Penghantaran Pantas

Seluruh Negara